Oct 20, 2012

ANWAR TERUS MENCARUT : YUSUF AL QADHAWI PUJI PIMPINAN NAJIB..!!








Peranan Malaysia dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam mendapat pujian banyak pihak termasuklah dari Pengerusi Al-Quds International Institution Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Dalam perjuangan rakyat Palestin tatkala ini, peranan Malaysia yang menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan telah mendapat pujian daripada Al-Quds International Institution (QII) menerusi dua pucuk surat daripada al-Qaradawi.
 
Dalam surat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, al-Qaradawi melahirkan penghargaan dan terima kasih beliau terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan penduduk di Baitulmaqdis.

"Tidak memeranjatkan, kami sentiasa mendapati anda antara yang pertama dan terawal dalam menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis adalah antaranya," katanya dalam surat kepada Najib.

Beliau menambah: "Kami amat tersentuh dengan keprihatinan anda dalam konteks ini, khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya."

Pencapaian terbaharu hasil daripada usaha tanpa mengenal jemu Malaysia itu ialah perjanjian damai yang dimeterai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi pewujudan wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina.

Al-Qaradawi berkata: "Lebih penting lagi, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.
"Malah lebih membanggakan kami ialah pencapaian dan kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan anda".

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berkonflik itu di samping membantu rakyat Palestin.

Sementara itu, kalangan rakyat Malaysia turut memuji kerajaan berhubung peranan strategiknya dalam menamatkan konflik dan penderitaan selama kira-kira 40 tahun di selatan Filipina dan dalam mewujudkan prospek bagi keamanan dan pembangunan di Mindanao.

Mereka berkata sewajarnya bagi Malaysia, sebagai jiran terdekat dan prihatin, untuk memainkan peranan berterusan dalam membantu kerajaan Filipina dan Bangsamoro melaksanakan pembangunan semula di kawasan itu demi manfaat rakyat.

Memuji usaha jitu kerajaan Malaysia dalam membantu umat Islam di seluruh dunia, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata banyak negara khususnya negara Islam mempercayai dan menerima Malaysia untuk memainkan peranan sebagai pengantara ekoran pencapaiannya sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik.

"Pujian Sheikh Yusuf Al Qaradawi merupakan satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia (dalam memperjuangkan isu Palestin) dan kejayaan kerajaan Malaysia bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik antara Manila dan Bangsamoro pastinya suatu pencapaian membanggakan," katanya.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dan kepelbagaian juga telah membolehkan negara dijadikan sebagai rujukan dalam penyelesaian konflik Bangsamoro.

Mengiktiraf usaha berterusan Malaysia sejak sekian lama dalam menyuarakan kebimbangan berhubung penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan umat Islam lainnya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata dalam soal konflik di selatan Filipina, Malaysia merupakan negara jiran paling hampir berbanding dengan negara atau badan Islam yang lain.

"Malaysia tidak pernah berganjak apabila menyuarakan isu yang membabitkan penganiayaan terhadap etnik dan umat Islam seperti dalam isu Palestin dan bagi isu Bangsamoro ini, kita merupakan jiran paling hampir yang boleh diharapkan oleh Manila dan Bangsamoro sendiri untuk dirujuk sebagai orang tengah dan diberi kepercayaan," katanya.

Sebagai anggota perkumpulan serantau Asean, persefahaman dan kerjasama rapat antara Kuala Lumpur dan Manila banyak membantu dalam kejayaan rundingan damai antara MILF dan kerajaan Filipina.

"Sebenarnya peranan Malaysia dalam membantu Bangsamoro sudah lama berlangsung sejak zaman bapa Perdana Menteri, Tun (Abdul) Razak (Hussein) lagi... memang kita memperjuangkan pasal Bangsamoro dan membantu mereka dalam pelbagai sudut dan sebagai contoh banyak warga Filipina yang menjadi warganegara Malaysia khususnya di Sabah.

"Kita memang dikenali sebagai mediator yang berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku di sesebuah negara dan disebabkan itu kita dipandang tinggi oleh dunia dan peranan yang kita galas adalah besar," kata Junaidi.

Pendirian sederhana kerajaan Malaysia dan kestabilan politik negara turut diperakui oleh dunia dan diterima baik oleh banyak pihak, dengan itu memudahkan Malaysia untuk mendapat kepercayaan, katanya.

Penekanan Perdana Menteri terhadap pergerakan kesederhanaan dengan penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar sebagai pengantara untuk membantu menyelesaikan masalah dan salah faham di negara-negara yang berdepan masalah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berpendapat proses pembinaan semula Bangsamoro patut menggunakan pendekatan Islam sederhana bagi pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial menerusi penubuhan agensi-agensi Islamik sepertimana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia.

"Jadi pada saya dengan membawa Islam seperti yang kita amalkan di negara ini, ia akan membantu membangunkan masyarakat Bangsamoro daripada segi rohani dan juga materialistik," katanya.

Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata kerajaan Malaysia boleh memainkan peranan dan membantu kerajaan Filipina dalam bidang ekonomi dan pendidikan kerana ia elemen penting dalam kemajuan sesebuah negara.

"Bidang ekonomi dan pendidikan merupakan aspek penting dalam memastikan kerajaan Filipina dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya. Ini termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat agar dapat mengatasi masalah kemiskinan," katanya.

Menyokong pendirian dan pendekatan sederhana kerajaan Malaysia, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia A. Prakash berkata setiap komuniti perlu saling membantu demi faedah bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

"Malah agama Hindu juga tidak sama sekali mengalakkan fanatisme dipratikkan dan sebaliknya membantu semua umat manusia tidak mengira agama dan taraf hidup seseorang.

"Saya rasa apa yang telah kita capai adalah sesuatu yang cukup besar kerana kalau kita lihat, Filipina adalah sebuah negara yang besar dan kita (Malaysia) sebuah negara yang kecil tapi saiz itu tidak menjadi penghalang untuk kita membantu negara besar yang mempunyai konflik," katanya.

12 comments:

nor rasid said...

dah terang lagi bersuluh, apa kata Yusof Qaradawi.... Malaysia adalah negara islam yg menjadi contoh dan rujukan bagi dunia islam. bangga tu...tapi pok nik eja yg tak dapat menerima kenyataan. kenapa ya...?

Anonymous said...

Nik Ajis akan hanya berasa Puas hati jika segala pujian dan credit diberikan kepadanya ... selagi tidak, selagi itulah dendam membara nya akan terus menyala...

MMI said...

Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anonymous said...

Ulasan Anuar dan Pembangkang mengenai perjanjian Bangsa Moro. Tidak perlu kata Najib (Utasan Malaysia Hari Ini). Dalam Lain Perkataan mereka takde Authority takde merit. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Siapa kauuuu... Jangan layan mereka.. anggap saja mereka macam mat gian sedang membebel... kih...kih..kih

Anonymous said...

Nnt ada yg kata Yusof Qaradawi dah kene beli dgn UMNO............
xleh trime kenyataan lah tuh...

Anonymous said...

MALAYSIA ADALAH NEGARA YG MEMERTABATKAN
AGAMA ISLAM DENGAN JELAS DAN
BERWAWASAN.
APA YG DI KATAKAN OLEH PUAK PAS
TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA ADALAH
SALAH DAN BERUNSUR FITNAH.
LIDAH PAS HARUS BERHATI-HATI DI DALAM
MEMBUAT KENYATAAN.
FITNAH TERHADAP KERAJAAN YG MEMERTABATKAN
AGAMA ISLAM ADALAH HARAM.
KEMBALILAH KE JALAN YG BENAR.
BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA
MENGGALAS MARTABAT ISLAM DI NEGARA
INI.

Anonymous said...

NAJIB NI MEMERTABATKAN ISLAM.TAPI DIA X TAHU NAJIS MUGHALLAZAH.YANG DIA TAHU NAJIS RAZAK,NAJIS ALTANTUYA,NAJIS PITIS,NAJIS RASUAH, NAJIS SCORPENE,NAJIS CAKAP BOHONG, NAJIS PIK SEMAH, NAJIS PENIPU, MOHD NAJIS RAZAK PM M"SIA.

Kelab Puteri UMNO Mahu Lingkupkan UMNO said...

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

merbah desa sgt said...

bab lembu ni kenapa rafizi tak nak bela lembu.jangan komen kak ijah aje yang bela lembu.kalau dia[rafizi]nak bela lembu belalah.

Anonymous said...

Tersilap ni .... bukan ker Qardawi tu MEMBER KAMCING ANU AR

Anonymous said...

Aku sedih tengok komen budak budak melayu PR ni.. Tak habis habis mencarut tak tentu pasal.. Itulah tahap pemikiran mereka dan sebab itulah juga mereka ini semua senang dipergunakan oleh bangsa bukan melayu untuk mnentang bangsa melayu sendiri..

Anonymous said...

Yusuf Qardawi hilang kepercayaan pada Anbnwar sb dia dah tahu sekarang anbwnuar kaki biseksual. Sokong Anbwuar sama macam galakkan GAY berkembang diseluruh dunia. Yusuf Qardawi bijak orangnya dan Anbwar tak boleh kelentong dia lagi, Ha ha

Powered by Blogger.