Sep 6, 2012

USTAZ NASHA DLM BAHAYA - MAT SABU BAKAL KEPALAI MAJLIS SYURA ULAMA'.!!








Ura-ura kewujudan konspirasi untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah lama diketahui umum terutama sekali semenjak tercetusnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang hangat diperdebatkan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Walaupun bukan satu rahsia pencetus idea ke arah pembentukan UG datangnya dari Presiden PAS sendiri namun fokus kemarahan pemimpin lain yang pro Anwar Ibrahim (Anwarinas / Erdorgan) tetap terarah kepada Ustaz Nasharuddin disebabkan peranannya sebagai antara perantara penting yang membawa kepada pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.

Tika ini sekalipun usaha mereka telah berjaya melumpuhkan lebih separuh kekuatan pengaruh Ustaz Nasharuddin, namun sisa-sisa pengaruh beliau diakui masih mampu mengancam perancangan kumpulan Anwarinas untuk menguasai sepenuhnya struktur kepimpinan PAS.

Lantaran itu apabila media perdana menyiarkan foto pertemuan Ustaz Nasharuddin dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah bersama beberapa ulama Arab Saudi diikuti respon keras oleh Ustaz Nasharuddin yang mahu PAS mengkaji semula hubungan dengan PR khususnya DAP, peluang tersebut segera diambil oleh kumpulan Anwarinas bagi menekan pucuk pimpinan PAS untuk menyingkirkan terus Ustaz Nasharuddin dari parti.

Sebagaimana mereka berjaya menyingkirkan bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali atas alasan melanggar dasar PAS, demikian juga mereka yakin dengan alasan sama Ustaz Nasharuddin akan dapat disingkirkan.

Berjaya atau tidak usaha konspirasi kumpulan Anwarinas mempengaruhi kepimpinan PAS membuat keputusan yang keras dan muktamad itu banyak bergantung pada sejauh mana kemampuan Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS untuk mempengaruhi arah pemikiran ahli Majlis Syura PAS pada 9 Sep-tember nanti.

Nik Aziz yang sejak dulu diketahui agak condong kepada kumpulan Anwarinas dipercayai masih memiliki pengaruh peribadi dikalangan beberapa ahli Majlis Syura, tidak mustahil berupaya mencorakkan keputusan seperti yang dikehendaki oleh kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam.

Bagaimanapun, jika sebaliknya berlaku dan Majlis Syura PAS mengambil keputusan memihak kepada Ustaz Nasharuddin, bermakna selepas ini kita akan menyaksikan beberapa perkembangan menarik termasuklah kebangkitan semula Ustaz Nasharuddin dalam kepimpinan PAS selain merintis ke arah permulaan kejatuhan pengaruh Nik Aziz dalam mencorakkan arah tuju PAS di masa depan.

Imbas semula semasa Muktamar PAS yang ke-55 tahun 2009, usaha kumpulan Anwarinas untuk menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden pernah terbantut apabila ketua mereka, Husam Musa tewas dalam pertandingan tiga penjuru sekalipun tika itu Nik Aziz memberi sokongan kuat kepada anak buah kesayangannya itu.

Disebabkan kehadiran Mat Sabu sebagai calon kumpulan Syiah PAS bagi merebut jawatan yang sama, bukan sahaja telah menyebabkan undi kumpulan Anwarinas berpecah dua malah dimasa yang sama menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Ustaz Nasharuddin untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Menjelang Muktamar PAS tahun 2011 hasil iktibar dari kekalahan sebelumnya, kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam telah membuat percaturan taktikal dengan hanya bertanding jawatan Naib Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden sokongan diberikan kepada ketua kumpulan Syiah PAS iaitu Mat Sabu.

Mengikut perkiraan mereka, sekiranya Mat Sabu berjaya merampas jawatan tersebut dari Ustaz Nasharuddin, peluang untuk Husam merampas kerusi empuk Timbalan Presiden itu semasa Muktamar PAS ke-59 tahun 2013 kelak akan lebih mudah disebabkan 'aura' kepimpinan Husam diyakini jauh lebih hebat berbanding Mat Sabu.

Untuk itu perubahan taktikal tersebut dilakukan dengan fokus menjatuhkan dahulu Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden.

Pun demikian disebabkan karisma Mat Sabu kurang diyakini untuk menyatupadukan penyokong kedua-dua kumpulan tersebut, usaha memecahkan undi kumpulan 'ulamak' terpaksa dilaksanakan dengan mempengaruhi saudara terdekat kepada Mursyidul Am PAS yakni Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melengkapkan pertandingan tiga penjuru yang diyakini akan memihak kepada Mat Sabu.

Hasilnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengalahkan Tuan Ibrahim yang mendapat undi 399 di kedudukan kedua manakala ustaz Nasharuddin yang gagal mempertahankan jawatan tersebut tewas dengan hanya mendapat sejumlah 224 undi sahaja.

Melihat pada imbasan tersebut ditambah lagi dengan senario terkini, ramai pemimpin PAS yang berlatarbelakangkan agama masih mengharapkan peluang kedua masih wujud untuk Ustaz Nasharuddin, jika ianya menjadi kenyataan bermakna impian mereka untuk menebus kekalahan memalukan di tangan kumpulan Anwarinas akan tercapai dengan mencalonkan kembali Ustaz Nasharuddin untuk bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PAS.

Pastinya pertembungan tersebut akan mengulangi episod tahun 2009 yang menyaksikan Mat Sabu terpaksa berdepan dengan Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa dengan jangkaan Ustaz Nasharuddin akan kembali memenangi jawatan itu sekaligus memulakan gerakan membersihkan semula imej PAS yang sekarang ini lebih sinonim dengan gelaran sebagai anjing DAP.

Apapun, senario sebenar hanya akan diketahui pada 9 September nanti, sama-samalah kita saksikan sama ada PAS masih mahu kekal sebagai anjing DAP ataupun masih ada sedikit sisa-sisa kesedaran untuk cuba memperbetulkan kembali landasan perjuangan mereka yang sudah jauh tersasar.

0 comments:

Powered by Blogger.