Sep 23, 2012

TERKINI - NOH OMAR UMUM RASMI CALON MENTERI BESAR SELANGOR.!!?








Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.
 
Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Siapa menteri Besar Selangor kalau BN ambil balik tampuk pemerintahan Selangor??? hehehehe

Apa yang dia org kelam kabut sangat?...apa yg hendak dikisahkan siapa bakal menteri besar?..

Tak kira siapalah bakal menteri besar selangor, yang pasti tahap pemikiran bakal menteri besar tu nanti sudah pasti tak gagap dan tak bengog sepertimana menteri besar sekarang...hahahaha

Anonymous said...

Mana kabinet bayangan PAKATAN RAKYAT..

Mereka ini cuba alih pandangan rakyat kepada Selangor pula..

Mana lebih penting.. Putrajaya atau selangor.. Kita cabar umum kabinet bayangan dulu... baru boleh umum bakal MB Selangor kalau BN menang...

Setidak tidak ya BN boleh cakap bakal MB selangor akan datang dari kalangan orang melayu islam dari UMNO..

Anonymous said...

tak ayah la dok sibuk nak jadi calon MB. Org umno ini lah masaahnya. Belum apa2 dh impikan bulan bintang. Yg paling utama rampas selangor dari kakatan haram.. Jgn bertelagah sesama sendiri utk kejar habuan dan jawatan

Anonymous said...

Org umno dah bangkit dari tidur.. Tak bermimpi lagi.. Org PAS yNg masih bermimpi.. Ingat boleh bust hukum hudud jika mensng nanti..

Anonymous said...

kalau noh omar ni calon MB selangor aku org pertama angkat tangan.meh sini 4-5 helai kertas undi,aku nak pangkah kat sebelah muka dia.mcm ni MB yang kami nak...

Powered by Blogger.