Sep 19, 2012

PRU13 - WEE CHOO KEONG UMUM BERTANDING SEMULA DI WANGSA MAJU.







"SAYA tidak pernah minta bertanding di Wangsa Maju tetapi saya dipujuk oleh Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)." Imbas Choo Keong mengenai kemenangan tipis 150 undi menewaskan Teong Look pada PRU12.

Katanya, beliau ketika itu sudah bersedia untuk bertanding di atas tiket Party Malaysian Democratic (MDP), namun memikirkan perpaduan dalam kalangan parti pembangkang, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket PKR sedangkan beliau bukanlah ahli PKR.

Choo Keong berkata, beliau kini selesa melaksanakan tanggungjawabnya dan berhasarat akan mempertahankan kerusi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 nanti.

“Saya rasa lebih bebas untuk bersuara tanpa adanya tekanan dari mana-mana pihak dan sebelum ini terpaksa membisu beberapa perkara disebabkan atas faktor perjuangan parti. Kini saya lebih bertanggungjawab untuk menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat di Wangsa Maju.

“Bagaimanapun, melihat kepada sokongan rakyat di Wangsa Maju sejak akhir-akhir ini,,. rasa bersalah sekiranya saya tidak bertanding pada PRU13 nanti, seolah-olah mengkhianati kepercayaan pengundi di Wangsa Maju pula nanti,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya dengan rekod prestasinya yang telah membawa perubahan di Wangsa Maju turut telah membuktikan bahawa kedatangan beliau di Wangsa Maju sewaktu dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju menafikan bahawa beliau bukanlah calon yang salah di Wangsa Maju sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim menyesal memilihnya bertanding di sini. SINAR HARIAN.

2 comments:

Anonymous said...

kalau la ramai lagi ahli parlimen mcm die ni kan bagus..mmg rakyat didahulukan, politik dibelakangkan..aku yg pemuda umno ni pun nak die menang berbanding dato shafie (kalau de bertanding la)..bkn ape, org2 kuat si pie nie dh nampak kn kerakusan..tu blum jd ahli parlimen lg..sian dato pie, psl x pantau org bwh, abis kredibiliti die..

jelutong a.k said...

saya terpegun membaca kenyataan yb wee akan mempertahankan kerusi w/maju yg dimenangi hanya kelebihan 150 undi. pada saya ini satu kenytaan mengacah dan kemaruk politik. yb wee memang faham dan memaklumi sangat2, kemasukkan nya kegelanggang kali ini adalah episod membunuh diri. mungkin yb wee ada semangat jagoan, daripada mati meragan lebih baik tumbang digelanggang.manis nya tetap ada, org akan kenang sebagai bekas juara yg terkulai digelanggang dan mati dengan bermaruah.
ATAU yb wee akan terkulai dengan malu dan hina nya jika BADI 150 undi itu menggolek dan melekat keatasnya.maka tertunggeng lah yb wee dengan seribu kekesalan kehilangan deposit. takde hal wang boleh cari tak banyak mana pun tapi maruah ?


dari sumber mana yb wee nak raih undi
ilmu hisab mudah.....

penyokong PR(pkr,pas,dap)tidak akan mudah ditipu lg kerana luka lama belum sembuh lg. Terutamanya orang2 pas yg banyak membantu pru 12 dulu tidak akan mengkhianati amanat tuan guru presiden. orang dap, jgn harap lah yb.mereka dah memprcayai TG nik aziz. Org pkr ? ya... mungkin boleh dpt sikit.

cilok undi dari mca. mungkin boleh berlaku. tp bagaimana persahabatan yb dengan PM dan Dk Pi'e. Yb dah rapat dgn BN tak kan nak khianat kot.tak malu ke mencilok undi dari BN. bila undi BN terbelah dua maka ketawalah dk dr tan, majoritinya akan bertambah kepada 1,500. itu pun jika umno jd calun, jika mca jd calun majoriti dr tan akan bertambah kerana org umno akan bertukar selera.

yb wee tidak akan mampu memecahkan undi PR yang terpecah adalah undi BN apatah lagi tak siapa kenal MDP.

walaubagaimana pun sebagai amalan demokrasi yb boleh mencuba dan manalah tau, semangat adik, kakok, abe berpihak kepada yb. sekian.

Powered by Blogger.