Sep 7, 2012

PUAK PRO HISHAMUDDIN RAIS RANCANG PIJAK GAMBAR YANG DI PERTUAN AGONG..!!?









Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S Nallakaruppan nampak ‘angin’ satu badan ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, pagi Khamis untuk buat repot pasal pihak yang menghina Perdana Menteri dengan memijak gambarnya dan mahu menukar Jalur Gemilang.

Beliau menyifatkan tindakan itu satu kesalahan besar kerana tidak mustahil satu masa nanti mereka terbabit akan memijak gambar Yang di Pertuan Agong pula.

Nalla berpendapat perbuatan seumpama itu tidak boleh diterima di negara ini apabila ada pihak memijak gambar dan menunjukkan punggung kepada gambar Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini negara aman. Jangan sesiapa cuba ganggu. Ini mereka buka seluar tunjuk belakang...kalau suka tunjuk belakang, pergi tunjuk pada Anwar Ibrahim. Dia banyak suka, jangan tunjuk pada Perdana Menteri. Polis mesti jangan lepaskan mereka,” katanya sinis.


Beliau mahu polis bertindak tegas terhadap golongan terbabit termasuk mereka yang jadi batu api di belakang kejadian malam 30 Ogos  lalu.

Menjawab soalan mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu kepada pemuda yang mengibarkan bendera yang didakwa ‘Sang Saka Bangsa’, Nalla berkata, Anwar tidak akan menyokong perbuatan itu jika beliau masih dalam Barisan Nasional.



 



“Sekarang dia mahu jadi batu api. Sudah 55 tahun kita merdeka, kita (rakyat) tidak ingat mahu tukar bendera,” katanya yang pernah jadi rakan karib Anwar.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin politik digesa agar tidak mencampuri siasatan polis berhubung insiden peserta perhimpunan Janji Demokrasi yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka .

"Ahli politik mesti terkecuali...jangan campur tangan mengenai perkara ini. Biar polis siasat dan ambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka." Katanya.

 Beliau hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12 tengahari diiringi kira-kira 50 individu.

Polis sebelum ini menahan dan membebaskan seorang pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara.

Terbaru, dua lagi individu iaitu seorang gadis yang juga model sambilan dan seorang remaja lelaki yang merupakan penuntut kolej swasta di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor masing-masing tampil menyerah diri kepada polis.

Mereka adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lalu

ULANG TAYANG PAPARAN VIDEO KONTROVERSI  (KLIK pada tajuk di bawah) :- 

HISHAMUDDIN DESAK TUKAR BENDERA MALAYSIA DAN BUANG LAGU NEGARAKU.



 

1 comments:

Anonymous said...

Antara sebab budak-budak tu bangkit berbuat demikian kerana dah tersampuk dek bomoh saka. Kurung saja bomoh saka tu dalam botol. Kalau tidak bomoh tu
akan mengasap semula kemenyan dan budak-budak tu akan bangkit mengamuk semula ......

Powered by Blogger.