Sep 7, 2012

POLIS TAHAN 2 SUSPEK KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA..!!








Pihak polis hari ini menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka sebelum ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Menurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.






"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.



1 comments:

bhar zul said...

Jika tidak berniat untok memulakan REVOLUSI secara kekerasan untok menukar sistem pemerintahan dinegara ini sesiapa pun tidak akan berani -sevokal mana pun pandangan dan pendirian politiknya - untok mengibarkan bendera selain daripada Jalur Gemilang.Tidak cukup begitu mereka juga mengesa melalui risalah bahawa JG MUST GO.Berani sangat anak anak Melayu ini memperjudikan nasib bangsa dan negara ini.Perbuatan sebegini mesti dibendung. Didalam perhimpunan ambang kemerdekaan anjuran pembangkang yang lepas, KDN/PDRM - atas dasar menjaga keselamatan awam - telah mengunakan pendekatan berbeza untok mengawal peserta perhimpunan.Atas dasar menjaga keselamatan awam, anggota polis hanya memantau dan memerhati dari jauh dan tidak mencegah perbuatan biadap,kurang ajar dan onar yang menjijikkan.Pendek kata anggota polis hanya diarahkan untok buat muka 'bodoh' dan pura pura saja tidak nampak apa yang terjadi dipersekitaran perhimpunan malam itu.Ada kah modus operandi ini berkesan dan mencapai matalamatnya? Tidak kah dilihat peserta peserta perhimpunan haram yang seperti dirasuk itu lebih 'pintar' dari pakar strategi/taktikal KDN atau pun PDRM? Tidak siapa pun - termasuk KDN - yang nampaknya mampu untok menghalang pembangkang daripada menganjurkan perhimpunan 'with or without permit'dimasa akan datang. Kalau mereka boleh selaraskan ribuan peserta memakai baju T warna kuning sebelum ini, SIAPA yang boleh menghentikan mereka daripada mengibarkan ribuan bendera Sang Saka diperhimpunan akan datang?

Powered by Blogger.