Sep 20, 2012

PM UMUM PRU13 APRIL TAHUN HADAPAN..!!?








Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Persidangan Agung Umno 2012 akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember depan, dan pengumuman itu menunjukkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dilaksanakan tahun depan.
 
Presiden Umno itu mengumumkan tarikh persidangan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Ibu Pejabat parti itu di sini.

“Majlis Tertinggi (Umno) menetapkan persidangan Agung Umno bagi tahun 2012 akan dilaksanakan bermula pada 27 November, hingga 1 Disember 2012,” kata Najib kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan Najib akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut Ibrahim, PM tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya memandangkan belanjawan juga hanya akan dibentangkan pada 28 September.

“Pertama, tidak ada keperluan untuk Datuk Najib mengadakan pilihan raya tergesa-gesa pada bulan November.

“Kerana fokus dia terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai, contohnya bajet, tentu bajet kali ini, dia nak bentang bukan sahaja yang bagus kerana pilihan raya nak datang, tetapi dia nak tengok juga selepas dia bentang tu, ada kesempatan masa untuk rakyat merasai bahawa bajet itu betul-betul bagus,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dalam sebuah temuramah eksklusif.

Presiden Perkasa itu juga mengatakan tidak masuk akal pilihan raya diadakan November ini kerana umat Islam baru pulang mengerjakan haji, bulan peperiksaan bagi pelajar sekolah dan musim tengkujuh.

“Saya dengar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ada kerja-kerja administratif yang belum selesai, perlukan lebih masa.”

5 comments:

Anonymous said...

tarikh PRU bukan ditentukan oleh PM...

PM hanya bubar parlimen, yg tentukan tarikh ialah SPR..

SPR akan umum tarikh dlm masa 60 selepas bubar parlimen...

Anonymous said...

UMNO PAS BERGABUNG..

ADAKAN KABINET BAYANGAN JIKA MENANG..

MESTI RAMAI SUKA..

TENGOK REAKSI DAP DAN PKR DAN PAS ANWARIS BANGSAT..

Anonymous said...

Demokrasi ala barat.. Kebebasan bersuara konon..

Demokrasi ala timur barat.. Kebebasan membunuh..

Tiada bezanya.. Lagi pun ramai orang di timur barat dah dibunuh oleh orang barat..

Anonymous said...

HIDUP UMNO BN!!!

Anonymous said...

..... hidup UMNO BN....

Powered by Blogger.