Sep 22, 2012

PDRM SAHKAN KAJIAN SIASATAN KENYATAAN NGEH KOO HAM HINA ISLAM..!!







Polis akan menilai dan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan di laman twitternya yang didakwa mempersoal tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penilaian itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada perbuatan Koo Ham itu tergolong dalam sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Kalau ada justifikasi kita akan siasat ikut prosedur yang ada," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) Institusi Pengajian Tinggi Awam peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam yang meminta polis membuka kertas siasatan berhubung isu itu.

Nazri berkata, banyak pihak membuat laporan polis terhadap tindakan Ngeh yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem yang ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.


 



Ditanya sama ada pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu itu, Ismail berkata: "Buat masa ini saya tidak dapat lagi laporan daripada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang telah diarahkan untuk mengkaji laporan itu."

"Saya percaya dalam masa terdekat kita boleh umumkan (keputusannya)," katanya.

Dalam laman Twitternya, Koo Ham didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu berkenaan.

Filem bajet rendah YouTube itu, yang diarah Sam Bacile dari California telah menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan protes ganas di seluruh negara Islam.

Lagi Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk di bawah utk paparan) :-
  
REJAM NIK AZIZ - KENYATAAN 'PERIBADI' TERBARU PEMIMPIN DAP HINA ISLAM..!!



0 comments:

Powered by Blogger.