Sep 12, 2012

PANASS - DIN PUDU TERLIBAT TAWAR RASUAH PEMIMPIN UMNO KELANTAN..!!?








Ini jadi kes pelik bin hairan apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob dakwa tidak tahu menahu pasal parti itu tawarkan atau rasuah ratusan ekar tanah kepada seorang ketua UMNO cawangan supaya menyertai PAS.

Beliau kata, kena kenalpasti maklumat itu dan minta blogger Kickdefella umum nama siapa terbabit.

Beberapa hari lalu, Syed Azidi Syed Abdul Aziz @ kickdefella menulis perihal ketua cawangan UMNO ditawarkan ‘ratusan ekar tanah’ di sempadan Gua Musang – Kuala Krai oleh seorang pemimpin PAS dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang juga tokoh Ulama PAS Pusat.

Tawaran itu diputuskan dua minggu lepas di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai syarat yang dikenakan untuk mendapat habuan  tanah itu, Ketua cawangan tersebut hendaklah mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS serta hadir memberi ceramah di pentas PAS di Parlimen Tumpat pada pertengahan minggu hadapan.

Mengulas lebih lanjut, Salahuddin juga mendakwa tidak tahu pasal ceramah yang akan diadakan pada Selasa dan dijangka turut dihadiri Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di perkarangan rumah ketua cawangan itu di Pohon Tanjung, Bendang Luas Tumpat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendirian PAS dalam isu rasuah jelas iaitu tidak berkompromi dengan pelakunya.

“Sesiapa lakukan rasuah, dulu membabitkan Menteri Besar (Nik Aziz) bila menantunya pegang jawatan PBMK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan), PAS serah pada SPRM. Kita tidak akan halang apa-apa siasatan nak dijalankan,” katanya
menjawab soalan Agendadaily ketika ditemui di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Sementara itu, Kickdefella dalam tulisan terbaru menamakan Shamsuddin Salleh atau dikenali dengan panggilan Pok Din Tar, Ketua Cawangan UMNO Bendang Luas di dalam Bahagian Tumpat akan menganjurkan majlis jamuan hari raya dan ceramah umum PAS di perkarangan rumahnya di Pohon Tanjung, Tumpat.

Jamuan yang bermula dari jam 12 tengahari pada 11 September 2012 ini akan dikuti dengan Ceramah Umum pada jam 9 malam yang sama. Khabarnya 2 ekor lembu disembelih untuk upacara itu.

Tulisan tersebut susulan blognya sebelum itu yang menyebut pasal ketua UMNO cawangan yang ditawarkan ratusan ekar tanah untuk menyertai PAS. AGENDADAILY.



0 comments:

Powered by Blogger.