Sep 27, 2012

NAZRI AZIZ SENTUH STATUS KES HUBUNGAN MUSA HASSAN DGN KONGSI GELAP..!!








Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa tiada siasatan dilakukan ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan.

Bercakap di Parlimen hari ini, Nazri berkata, dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff terhadap Musa tidak disusuli dengan sebarang laporan polis.

Katanya, "oleh yang demikian, tiada apa-apa siasatan dijalankan oleh pihak polis berkenaan perkara ini."

"Kedudukannya sama bagi (perkara berkaitan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu tiada sebarang aduan diterima, maka tiada sebarang siasatan dijalankan terhadap pendedahan yang dilaporkan," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ramli telah mendedahkan terdapatnya hubungan antara Musa dan kumpulan kongsi gelah BK Tan dan Cheng Poh.

Dalam pada itu, Ramli juga dikatakan akan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sehubungan itu Nazri berkata, bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan.

"Dakwaan yang dibuat oleh Ramli merujuk kepada skandal Copgate yang berhubungan dengannya.

"Menteri Dalam Negeri pada bulan Mac 2012 telah pun menolak penubuhan suatu siasatan bagi menyiasat dakwaan tersebut kerana tiada bukti kukuh dapat dikemukakan," katanya lagi.

4 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

PUAK PUAK NI SEBUT JER BRO. MATLAMAT MEREKA CETUSKAN KEBENCIAN. SEBAB ITU MEREKA TAK LAPOR, MEREKA TAK BERANI BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG MEREKA SEBUT...

Anonymous said...

Dua-dua pun kong kali kong.

Anonymous said...

penyakit hasad dengki dan mengejar pangkat bukan sahaja berlaku dalam politik malah pada penjawat awam..

Tidak ada rasa bersyukur apa yang sudah diperolehi dan tidak terima kada dan qadar..

Jalan senang cari pembangkang untuk memuaskan nafsu dan dendam ...

perbuatan mereka ini semua akan menyebabkan rakyat gelisah dan merasa tidak aman..

perbuatan tikam menikam seperti ini tidak menguntungkan sesiapa ..jika si A menuduh si B , muka si B juga akan terpalit sama, sebab mereka sama sama punya sejarah dan isu..

Hentikanlah polemik ini..

Aku paling benci jika ada diantara anggota atau bekas anggota keselamatan yang mencari jalan mudah melampiaskan nafsu marah dengan mencari pembangkang yang memang sudah sedia maklum menunggu sahaja peluang mencari kesalahan orang lain..

Akhirnya negara hancur akibat perbuatan segelintir yang tidak berpuas hati yang bersifat peribadi..

Anonymous said...

Salam, saya biasa melihat bekas KPN di jemaah Masjid Kawasan Melayu PJ dan berjogging di Taman Tasik Jaya, doakanlah kesejahteraan beliau, jika ada kesilapan lampau biarlah beliau sendiri selesaikan, kita tiada hak menghukum, tapi saya hormat beliau kerana tidak terbabit dalam permainan politik, Wallahualam

Powered by Blogger.