Sep 22, 2012

NAJIB UMUM SOKONG REFORMASI ANWAR..!!?








Reformasi, Transformasi, Islah. Semua itu membawa maksud perubahan.

Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, BN bawah pentadbirannya membawakan perubahan sebenar dan oleh itu rakyat tidak perlu mengambil risiko dengan berubah demi janji-janji pembangkang.

"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita membawakan kemajuan sebenar dan perubahan di negara ini," katanya dalam perhimpunan 3,000 orang alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di ibu negara.

Perkara ini, katanya, bertentangan sama sekali dengan janji pembangkang yang tidak tentu.

"Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar.

"Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

Bomoh du hukum penjara 20 tahun... Kerana merogol 6 kali keatas sorang perempuan dlm sehari.. Bukti dna tidak terdapat kesan semen kat dalama vagina atau cadar..Bacalah dlm the Star.. HERAN HERAN.. YANG ADA BUKTI TERANG TERANG TERLEPAS DARI SABIT KESAAHAN.. SEBAB BOLEH BAYAR TOP LAWYER... ITULAH SYSTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.. YANG TAK BERDUIT MESTI KENA CHARGE PUNYA.. Mcamana kalau bomoh tu minta dibicara mengukut hukum hudud ala PAS.. Mesti lepas punya pulak sebab tak cukup 4 saksi..

Powered by Blogger.