Sep 11, 2012

ISU LANGAT 2 - NOH OMAR BALUN JAYAKUMAR...!!








Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Katanya isu itu tidak ada kaitan dengan urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) oleh kerajaan Selangor seperti yang didakwa seorang exco kerajaan negeri tersebut.

"Itu urusan syarikat, urusan mengambil alih syarikat. Loji Langat 2 ini apa kaitannya dengan urusan pengambilan syarikat? Ia projek yang kerajaan sudah rancang sejak tahun 2000 ketika krisis air di Selangor," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Xavier Jayakumar yang mendakwa pembinaan loji itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi kerajaan pusat tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor dalam urusan mengambil alih Syabas.

Kenyataan Jayakumar itu adalah respons kepada laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, tender pembinaan loji terbabit akan dikeluarkan dalam masa terdekat walaupun tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.


2 comments:

Anonymous said...

Isu logi air langat ni tidaklah sesukar mana untuk diselesaikan .Sultan selangor boleh saja menitahlan projek tersebut disegerakan demi kepentingan negeri dan rayaat selangor .Kuasa tanah terletak ditangan tuanku sebagai kata putus dan MB kena akur ,Itupun kalau tuanku kesah akan rayaatnya .

Anonymous said...

Memang itu yg 'kami rakyat sgor' akan buat. Apabila tender sudah dibuka,kontraktor sudah bersedia masuk ke tapak...kalu masih ada halangan lg...kami rakyat sgor akan menemui Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan...

Powered by Blogger.