Sep 26, 2012

CUKAI PINTU - PENDUDUK PUCHONG TEKAD SAMAN KHALID GAGAP..!!








Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal memberi pengurangan 20 peratus daripada nilai cukai pintu seperti dijanjikan kepada rakyat pada PilihanRaya Umum 2008.

Difahamkan, hampir RM 1 bilion kadar cukai pintu sepatutnya dikecualikan kepada pemilik harta melalui potongan 20 peratus dalam tempoh empat tahun lalu di negeri ini.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu dari sekarang untuk memastikan Kerajaan Negeri membayar semula nilai tuntutan kepada rakyat.

Katanya, tuntutan dibuat untuk kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sahaja dianggarkan hampir RM136 juta membabitkan 270,000 pegangan hartanah yang membayar cukai.

 “Nilai tuntutan dibuat berdasarkan tempoh empat tahun sejak Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan potongan cukai selepas menang pilihanraya umum Mac 2008.

“GAPS akan akan menuntut Kerajaan Negeri bayar semula kadar itu kepada pemilik hartanah di negeri ini,”katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong berhubung keengganan Kerajaan Negeri menurunkan 20 peratus kadar cukai pintu seperti dijanjikan dalam manifesto pada PRU2008.

Sementara itu Ketua Penerangan GAPS, Ramli Simbok berkata, beliau bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Puchong termasuk Waris Malaya, Persatuan Jawatankuasa Pemerhati Puchong dan Belia Tamil Puchong membuat laporan polis kerana kesal dengan janji manis Kerajaan Negeri.

Katanya, kerajaan PR dilihat seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan janji yang tidak ditunaikan di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Satu sen pun cukai pintu tidak diturunkan dalam tempoh empat tahun lalu, kita anggarkan potongan cukai sepatutnya dinikmati rakyat Selangor nilainya hampir RM1 bilion tetapi ia tidak dilaksanakan.

“Saya menggesa rakyat Selangor bangkit menuntut janji-janji dibuat kerajaan PR sebelum ini,”katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, GAPS akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor petang ini berhubung isu penyalahgunaan wang rakyat yang didakwa digunakan untuk membeli bas bagi kegunaan PR. SINAR HARIAN

11 comments:

Anonymous said...

kan MB khalid dah cakap manifesto bukan janji... rakyat selangor faham ke tidak...???

Anonymous said...

Ye ke itu manifesto 2008..

Macam tu tak nak bayar cukai pintu dulu lah.. Biar sampai kes ini ke mahkahamah dan ada keputusan baru nak bayar..

Anonymous said...

Besok nak talipon datuk bandar shah alam dan pejabat MB mengenai hal ini.. Siapa ada nombor talipon mereka ha..

Anonymous said...

Pakatan Pakatan.. Sekarang kononnya guna taktik mengaku supaya tak nampak salah.. Anwar mengaku guna jet mewah.. Ambiga mengaku ambil duit SOROS untuk BERSIH.. Apa ingat bila mengaku itu tandanya jujur.. Kalau macam tu kalau kena tahan polis sebab kesalahan trafik, maka kita mengaku ajelah, supaya nampak baik dan boleh dimaafkan.. Inj analogy ajelah.. Kan bodoh tu.. Kalau dah salah tu, salahlah..

Anonymous said...

Ambiga cuba hendak petahankan Soros.. Mesti kena bayar dengan SOROS?.. Tapi ingatlah ambiga sengaja tunggu orang tuduh macam ni supaya boleh saman suratkhabar dsbnya..

Anonymous said...

Nizar kata sudah memadai khoo ham minta maaf, bukan isu apa pun.. Kalau macam tu apa kata kita suruh bacille mintak maaf.. Boleh terima ke.. Mulut boleh berkata apa apa, tapi nawaitu itu yang penting.. Tak payah diperbodohkan dengan ayat minta maaf.. Semua boleh cakap macam tu..

Anonymous said...

Nizar kata sudah memadai khoo ham minta maaf, bukan isu apa pun.. Kalau macam tu apa kata kita suruh bacille mintak maaf.. Boleh terima ke.. Mulut boleh berkata apa apa, tapi nawaitu itu yang penting.. Tak payah diperbodohkan dengan ayat minta maaf.. Semua boleh cakap macam tu..

Anonymous said...

Isu kerajaan selangor beli kompaktor.. Sahlah bus dan trailer itu hadiah percuma dari syarikat kompaktor.. Bila MACC nak siasat..

Anonymous said...

Isu jet.. Nampak temberang anwar.. Cakap dipinjamkan oleh sahabat.. Habis tu kenapa taufik cakap disewa dari syarikat dia.. Maksudnya bukan diberi pinjam.. Jadi samada dibayar oleh anwar atau ditaja oleh orang berkepentingan.. Bila MACC nak buka kes..

Anonymous said...

Isu bas dan jet akan sebab pakatan hilang banyak undi...

Anonymous said...

Allah bersama orang yang benar. Isu jet ni bukan didedahkan oleh orang BN atau lbh tepat UMNO, tapi Tian Chua sendiri yg dedahkan gambar dia orang. Makin hari terserlah satu persatu penyelewengan yg dibuat oleh PR. Dgn kes bas & lori sampah, DAP dgn anti-Islamnya, PAS tak habes2 jadi barua DAP. Semoga BN terus berjaya memerintah negara ku Malaysia.

Powered by Blogger.