Sep 9, 2012

BUKTI LAPORAN AUDIT - UNISEL RUGI HAMPIR RM55 JUTA..!!








Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendedahkan laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata, laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011. 





"Bila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaaan nazak, Menteri Besar begitu sombong dan ego dan sekarang saya ada salinan laporan audit universiti itu.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempertikaikan kredibiliti Abdul Khalid sebagai seorang tokoh korporat sebab gagal mengurus Unisel dengan baik.


3 comments:

Anonymous said...

Ini membuktikan MB selangor ni orang yang bijak dan mendahulukan rayaat terutama pelajar.Memang rugi tapi tak apa kerana kerajaan selangor yang tanggung ini kerana pusat pengajian ini dimiliki oleh kerajaan negeri .
Dengan beban perbelanjaan yang semakin meningkat dan yuran pengajian tidak dinaikan mustahil untuk dapat untung .Mungkin semasa BN dulu yuran yang dikenakan bersesuaian dengan kedaan masa itu .Kepada MB kalid jangan cuba nak menipu cakap yang sebenarnya .Kalau rugi kerana rayaat itu dikira kebajikan ...............tapi kalau rugi keranasalah urus dan membazir itu pengkianat namanya .....

Anonymous said...

Anon Sunday, September 09, 2012, haha bro, kalau mcm lu ckp tue bro, kalo dibelanjakan utk student dikira CSR, CSR nie selalu syarikat swasta buat bukan jer utk bantu masyarakat tapi utk tolak income tax jugak, tapi dgn syarat syarikat tue menjana keuntungan. Dalam kes Unisel nie, profit x dijana drpd asset yg ada, asset yg unisel ada plak dh di gadai dgn harga yg rendah, pastu head cost/ opt cost plak tetiba melambung tggi sejak 2008, mcm pelik gak apsal tetiba opt cost boleh melambung tggi, unisel ni kena kuarkan duit lak beli gadjet2 utk kroni2 si gagap dalam tue, lebur setengah juta... bagi gua snng jer kerajn selangor skng nie totally loser x tahu nk jaga ekonomi utk selangor. malang nya ada kerajaan selangor camnie.

Anonymous said...

Klu rmai student n tarik student bleh untung gak ..tapi kalau asrma pun liat bayo pyh gak..
Bile rugi ko ckp kbjkn x nek yurn la..ade je spinnye..haha

Klu syrt bn ko ckp korup n x pndi mntdbr pulk..aiyoo

Powered by Blogger.