Sep 28, 2012

ANWAR MENGANGA NAJIB UMUM BR1M 2.0..!!








Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.

Katanya, "rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.

Bajet 2013 juga menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," katanya.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulilah...bersyukur pd allah..untung pd penjawat awam..rajin dan ikhlas la ya berkerja, jgn pula menagguk d air yg keruh..faham2 sudah....

usin said...

alhamdulillah. tak sebut nk turunkan harga keretapun takpe. yg disebut oleh najib ptg tadi adalah 'TERBAIK!!!'...

Anonymous said...

Aduss..pedihnye hati aku ni bila najib bentang belanjauan setiap tahun..keh keh tapi aku relax je..anak malaysia katakan.
1.aku bukan kaya dan tidak ada kerjaya.kata p.ramlee #@#!@$%berehat sekejap isteri dah meradang..'koje takut repuuuut tulang#@$%$%%^'jeeles aku pada semua penjawat awan..guru...poleh ..asekar...kaki pencen..pengusaha..petani..nelayan dan dan ibu tunggal..keh keh. dll apa pun aku dapat jugak heh heh 500.anak aku 100.Aku kira2 lepas tolak cukai2 seperti beli barang2 ciput tu..ada untung lagi.tq! tahun depan dapat lagi..boleh lagi aku belanja sate kat gerai untuk anak2 aku..sekali sekala nak juga rasa cam ner orang lain buat bila ada duit berlebe lebe ni.
2.Tetiba je aku sayu tengok orang yang berugama islam gi mengaji lah..usrah lah...ceramah lah.berdemo sana sini lah..lilit lebai besar2 dan penuh aksi..keh keh..maklumlah masa banyak.dari melepak kat rumah shj kan baik buat lain hal2 lain..baru dikata berjihad..pejuang..beramal dsb Yang aku heran napa sebahagiannya semacam tak reti berterima kasih malah tak bersyukur sikit pon pada malaysia..negara yang sentiasa menjaga akal penduduknya agar sehat sejahtera..
3.aku fikir dua-tiga kali tapi semua sama sahaja keaah maksud yang orang melayu ni dah mabuk tuba.

Powered by Blogger.