Sep 7, 2012

ANWAR AGEN CIA..!!? - DUTA BESAR JERMAN AKUI SALUR DANA NGO SUARAM..!!








Wisma Putra akan memanggil Duta Besar Jerman ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung penyaluran dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia merasa kurang senang dengan tindakan Kedutaan Jerman itu menyalurkan dana kepada NGO yang diketahui mempunyai agenda politik tertentu.

"Tindakan Kedutaan Jerman ini boleh disalahtafsir sebagai mencampuri urusan dalaman sebuah negara berdaulat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari Khamis.

Semalam, Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Guenter Georg Gruber mengaku kedutaan itu menyalurkan dana kepada syarikat berkenaan bagi membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.

Anifah berkata Malaysia juga amat kecewa dengan penglibatan Kedutaan Jerman dalam aktiviti yang menunjukkan kecenderungan mereka terhadap sesetengah isu yang mempunyai implikasi ke atas situasi domestik Malaysia kerana kedua-dua negara itu adalah rakan dua hala penting dan mempunyai hubungan mesra serta kerjasama erat dalam pelbagai bidang.


2 comments:

Anonymous said...

anwar bukan saja pnipu besar malah penghianat jahanam.

Anonymous said...

membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik? WHAT THE F%$K!

Powered by Blogger.