Sep 5, 2012

AL FATIHAH - TOKOH UMNO MAHADZIR MOHD KHIR MENINGGAL DUNIA.








Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Beliau telah dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mendapat serangan jantung petang semalam.

Allahyarham yang dilahirkan di Yan, Kedah pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004.

Pada tahun 1999 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan manakala 2004 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004.

Allahyarham merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang lantang dan berani membawa dasar dan prinsip Kerajaan BN secara keseluruhan.


0 comments:

Powered by Blogger.