Aug 14, 2012

YAYASAN MURNI AKIDAH - KETUA DEWAN ULAMA' PAS PUSAT ISYTIHAR SOKONG JATI..!!?







Sidang Media Presiden JATI Dr. Hasan Ali yang berlangsung petang tadi membawa sinar baru dalam memerangi masalah akidah yang semakin tenat hari ini.

Beliau yang mengumumkan penubuhan Yayasan Murni Akidah hari ini tekad akan menggunakan platform di bawah NGO yang ditubuhkan beliau untuk merawat semula luka parah akidah umat Islam di Negara ini. 

Mengingatkan semula perlaksanaan Unit Selamatkan Akidah tatkala beliau masih memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Yayasan ini nyata lebih bersifat terbuka tanpa sebarang kekangan dalam memberi cadangan atau usul sebelum langkah perlaksanaan memerangi masalah utama Ummah itu.

 "Dengan penubuhan Yayasan, skopnya lebih  luas dan tidak terbatas sepertimana unit," katanya kepada pemberita pada sidang media pada majlis berbuka puasa bersama 100 masyarakat Islam yang pernah menerima bantuan pihak gereja sebelum ini.

Hasan berkata, Yayasan kini dalam proses pendaftaran dan bakal ditubuhkan secara rasmi selepas Aidilfitri.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menyahut seruan Ketua Dewan Ulama' PAS Datuk Harun Taib yang menuntut PAS lebih konsisten terhadap perlaksanaan Hukum Hudud dan Qisas. Ianya dilihat semakin terkeliru sejak kritikan berterusan Pengerusi DAP Karpal Singh sehingga didakwa membawa unsur caci maki.

Malah sebenarnya situasi getir sehingga kritikan tanpa henti dan secara terbuka di kalangan Pimpinan DAP akhir2 ini nyata membuktikan kerjasama Parti tersebut bersama PAS tidak lagi releven.

Harun Taib pernah katakan bahawa PAS akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan.

"Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan.  Tidak boleh biarkan bersetuju untuk tidak bersetuju. Pas kena yakin dan menegakkan konsep dan objektif mereka sebelum ini untuk  menegakkan negara Islam. 

"Mereka tidak mahu menjejaskan undi orang  bukan Islam terhadap mereka seterusnya menjejaskan peluang mereka ke Putrajaya. Amat malang pemimpin Pas tidak berani bersuara. Semakin lantang penolakan negara Islam  dan hudud oleh DAP, pemimpin Pas hanya berdiam diri.

"DAP sangat konsisten bahawa Malaysia  menyatakan Islam adalah agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan. Implikasinya sangat besar dan DAP tidak pernah gunakan agama Persekutuan dan menggunakan Islam sebagai agama persekutuan." Itu dakwaan balas Hasan Ali yang juga pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS. 






Pandangan Hasan Ali ini tidak mudah direalisasikan di dalam PAS malah ini adalah punca dirinya dipecat kerana 'kawalan ketat' Puak2 Parasit.

Namun jika Ustaz Harun Taib dan mana2 Pimpinan PAS benar2 mahu menjayakan perjuangan tersebut, mereka sewajarnya bekerjasama dengan NGO2 Islam termasuklah JATI sendiri dalam menentukan hala tuju perjuangan Islam tidak dijadikan faktor mainan politik sempit semata2.

Akan tetapi jika jawapan atau tindakan susulan yang diberikan Pimpinan Dewan Ulama PAS Pusat di bawah naungan Ustaz Harun Taib masih sama dan berdiam diri, nyata niat perjuangan Ulama PAS sekadar agenda politik peribadi semata2.



0 comments:

Powered by Blogger.