Aug 16, 2012

VIDEO PANAS - KIT SIANG HERET WARTAWAN 'HINA' TUN ABDUL RAZAK..!!






  
Kenyataan dan Video Paparan Ringkasan dari Pengarah Filem Tanda Putera khas buat puak2 tidak bertanggungjawab ekstrim terhadap fahaman politik sempit sehingga tidak merelakan keterbukaan minda dalam menerima fakta sejarah dan pengorbanan Pemimpin Negara.  Video di bawah ini jika didengar dengan teliti soalan pertama jelas memaparkan betapa sempitnya pemikiran wartawan tersebut seolah2 masih mahu menafikan kejayaan Tun Abdul Razak menyelesaikan masalah bergelut 13 Mei 1969.




 

“Sebagai pembikin filem, niat kami dari mula lagi hanyalah untuk meraikan semangat dua pemimpin negara yang tidak pernah mengenal erti penat atau mengalah dengan perjuangan mereka membangunkan negara. Namun, usaha kami ini disalah ertikan apabila ada pihak yang kurang matang atau kebudak-budakan cuba membuat dakwaan yang kononnya filem ini bermotifkan politik.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa ‘Tanda Putera’ merupakan interpretasi kami tentang peristiwa yang berlaku selepas kami membuat kajian intensif. Ia penyataan kreatif kami dan kami harap semua pihak akan menghormati hak kami sebagai pembikin filem.





"‘Tanda Putera’ adalah projek yang sudah beberapa tahun dijalankan. Jadi, ia langsung tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik atau dengan pilihanraya umum yang akan datang. Saya sendiri tidak tahu tarikh pilihanraya yang sebenar.

"Hanya satu kebetulan filem ini dapat ditayangkan ketika orang sibuk bercakap tentang pilihanraya. Nasihat saya kepada mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan ialah tonton filem dahulu sebelum buat sebarang penilaian,” ujar Shuhaimi.

Dalam masa yang sama, Shuhaimi memberitahu pihaknya tidak akan membuat sebarang pemotongan terhadap filem yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Menurut beliau, semua adegan yang dipaparkan berdasarkan maklumat, rujukan dan gambar-gambar yang diperolehi sepanjang tempoh kajian dilakukan.


 


"Saya tidak akan memotong sebarang adegan yang telah pun diluluskan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Apa yang kami tunjukkan di dalam filem ini adalah sejarah dan berdasarkan maklumat, rujukan dan juga gambar-gambar sebenar.

"Saya ada sebab meletakkan adegan peristiwa 13 Mei kerana ia merupakan latar kepada cerita utama bagi menjelaskan mengapa Tun Dr Ismail yang telah bersara terpaksa kembali menyertai kabinet. Lagipun, adegan itu hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja.

"Cerita utama adalah tentang persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail,” jelas Shuhaimi lagi.

Filem 'Tanda Putera' dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Linda Hashim, Faezah Elai, Kavita Sidhu, Norman Hakim dan Riezman Khuzaimi.


1 comments:

Anonymous said...

Syabas kerana menghasilkan film sebegini. Harap harap hasilkan pulak kisah penentangan kerajaan terhadap idola LKS iaitu Chin Peng.... Kali ini, mesti LKS setuju sangat sangat sebab idola dia yang jadi watak utama.

Powered by Blogger.