Aug 16, 2012

UGUTAN KES USTAZ NASHA - HADI AWANG JUGA DIHERET KE LEMBAGA DISPLIN PAS..!!








PAS kembali kecoh dengan kenyataan Bekas Timb. Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa menggesa parti tersebut keluar dari Pakatan setelah kenyataan berulangkali sejak akhir2 ini dikeluarkan DAP menentang sebarang bentuk Perundangan yang membawa gelaran Malaysia sebuah Negara Islam termasuklah Hukum Hudud.

Tindakan Ustaz Nasha yang kini berjawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat itu telah dikecam beberapa puak Parasit PAS seperti Din Pudu dan Mahfuz Omar. Tidak kurang juga yang memujuk beliau untuk bertemu secara tertutup bersama pimpinan Parti bagi menjelaskan perkara tersebut agar difahami semua pihak.



 



Namun lebih mengejutkan lagi, tiada kenyataan dari pihak Presiden PAS Ustaz Hadi Awang. Dikatakan beberapa Pemimpin Parasit PAS telah menghantar sms kepada Presiden mendesak agar penjelasan dan tindakan displin diambil segera terhadap 'anak emas' beliau itu,

Terdapat juga kiriman sms yang mengugut Hadi Awang berhubung tindakan beliau yang dikatakan mengarahkan sendiri Ustaz Nasha mengiringi PM Najib Tun Razak dan mengadakan pertemuan bersama beberapa tokoh Ulama' Arab Saudi.






Puak2 Parasit PAS kini telah memulakan mainan ugutan dan hasutan terhadap pimpinan akar umbi kewujudan semula 'kerjasama' PAS dan UMNO angkara puak2 Pro Ulama' Parti tersebut. Puak2 ini mula menanam semula kebencian terhadap Tokoh2 PAS Pro Ulama' dengan menabur hasutan tuduhan2 jahat terhadap UMNO yang lebih kotor berbanding DAP.

Puak2 Pro Ulama PAS didakwa tidak seteru dengan strategi Politik Anwar termasuklah berhubung Kerajaan 16 September dan Lompat Parti dan beberapa tindakan beliau yang bertentangan dengan dasar politik bersih.

Beberapa dasar Anwar dalam Politik dilihat mengembalikan gaya kotor beliau mengejar kuasa sewaktu di dalam UMNO.
 



Video tayangan semula pertemuan akrab Hadi Awang bersama Najib Razak.



Sebagai penyelesaian, Hadi Awang diasak agar mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan Ustaz Nasha tersebut atau beliau sendiri bakal diheret ke Mesyuarat Khas Parti bagi mengambil tindakan susulan dengan keputusan majoriti Pimpinan Parti yang dikuasai Puak2 Parasit.

Din Pudu telahpun memberi 'isyarat amaran' terhadap Presiden PAS menerusi kenyataan di beberapa Laman Portal menunggu respons dari Presiden sebagai 'asakan' terhadap beliau memecat Ustaz Nasha.




3 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Pas memangnya bukan islam tapi ejen kristian macam arab kristian. Orang islam dilaga-lagakan, ayat allah di songsangkan, melayu islam dikafirkan, derma org islam disonglapkan dan macam-macam cara untuk untuk menyesatkan islam di tanah melayu. Skrg dapig adalah khalifah mereka dan Jesus Christ tuhannya. Takebeer! takebeer! takebeer!!!

Anonymous said...

Kalu berani pecatlah presiden pas tu...sya jamin pas akan berpecah 2. Itu janji saya kpd puak2 parasit!

Powered by Blogger.