Aug 7, 2012

TERBARU KES ANWAR 'LIWAT' KHAIRY DI MAHKAMAH HARI INI..!!








Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah politik.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S. Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy.






Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi.

Anwar memfailkan saman itu pada 7 Sept 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007.






Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Khairy pada Ogos 2007 menerusi satu Majlis Politik di Kuala Kangsar Perak telah mendakwa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi berdasarkan hubungan rapat Diktator PKR itu dengan beberapa Pemimpin Yahudi di US dan Australia.



0 comments:

Powered by Blogger.