Aug 12, 2012

GARA2 SENATOR BN SABAH UMUM SOKONG PAKATAN - 10 RIBU PENYOKONG SERBU MAJLIS PM..!!







Nyata tindakan 3 Pemimpin BN Sabah termasuklah yang terbaru Senator Maijol Mahap dari BN Sabah yang telah mengumumkan keluar parti dan menyokong Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar, memberi kesan 'mendalam' buat Parti komponen pimpinan Najib Tun Razak.

Malah impak tersebut telah dapat ditafsirkan menerusi lawatan PM ke Negeri Sabah.

Ramai mendakwa ianya memberi kemerosotan sokongan BN si Sabah susulan kronologi beberapa Wakil Rakyat BN Negeri tersebut melompat parti dan menyokong Anwar. 

Akan tetapi, nyata tindakan 3 Pemimpin BN Sabah menerima sogokan Anwar lebih memperkuatkan BN Negeri tersebut. 





 
Laporan Laman Portal Pro Pakatan The Malaysian Insider memaparkan Lebih 10 Ribu masyarakat Negeri Sabah dari segenap kaum dan agama menyerbu Majlis PM Bersama Rakyat yang diadakan di Kimanis. Ianya sebagai tanda sokongan yang mahu dibuktikan kepada PM Najib Tun Razak.

Malah Ini merupakan antara rekod kehadiran terbesar di Sabah semenjak Najib memegang jawatan PM selama 4 tahun.

Tindakan dua Anggota Parlimen BN negeri yang menyokong pakatan pembangkang tidak menjejaskan sama sekali aliran sokongan rakyat terhadap BN terutama di pedalaman bawah yang merangkumi kawasan Parlimen Beaufort, Kimanis dan Sipitang.



 



Jelas ianya membuktikan kepimpinan Perdana Menteri masih releven atas kekuatan program transformasi kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bongawan Datuk Karim Bujang  yang turut menyertai Majlis tersebut menggesa rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin pembangkang yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan pelbagai isu demi kepentingan politik. 


5 comments:

Anonymous said...

ha..ha..ha... 10,000 ko kata? cek balik news header tu!

10,00 tu 1000 ker apa? atao photoshop? Iyerlah pulak, nak bodek tok Jib... dapat upah!!!!

Anonymous said...

bhahaa..semua dapat makan free..xpun dapat elaun perjalanan..xpun bayar..xpun agensi kerajaan dipaksa dtg..xpun pelajar dipaksa datg jugak..bhahaha..macam xbiasa plak kalau kerajaan buat event..hahaha.. klaka ni..dtg x ikhlas.. haha

Anonymous said...

UMNO/BN tetap menjadi pujaan hati ku!!

Anonymous said...

datang tabur gula2 datang la org mengutip ,,undi belum tentu.1000 ke 10000

roym as said...

Salam perjuangan saudara, mohon pautkan blog saya ronyanuar.com ,di blog saudara..saya telah berbuat demikian juga di blog saya..terima kasih.

Powered by Blogger.