Aug 11, 2012

"SAYA SOKONG ANWAR SEBAB GELAR BAPA SAYA ANJING..!!" - ANAK GHAFAR BABA.








Orang Politik tidak ada maruah. Itu sahaja prinsip yang ditanam dalam jiwa individu bernama Tamrin Ghafar. Anak Tokoh Pemimpin Negara Ghabar Baba ini tidak segan silu bersama2 di pentas politik yang dikelilingi dengan puak2 yang tidak pernah letih menghina bapanya sendiri 1 ketika dahulu.

Tidak hairan bagi kita isu lompat parti yang mula diperkenalkan Anwar Ibrahim. Ianya adalah proses dalam membuang Parasit2 dalam sesebuah parti yang tidak jujur akan perjuangan yang didukung selama bersama UMNO.

Namun Tamrin bukan sahaja tidak jujur kepada parti, akan tetapi sanggup menjual maruah berdampingan bersama Pemimpin2 PKR dan DAP yang 'mengajar' penyokong2 mereka menggelar bapa beliau umpama seekor anjing Bulldog.

Tamrin memekakkan telinga merujuk konsep dan strategi dari seorang Pemimpin yang pernah membunuh perjuangan bapanya sendiri setelah puluhan tahun bejuang sejak menuntut kemerdekaan lagi.

Anwar adalah individu yang berjaya mencantas dan menghentikan serta merta sumbangan dan khidmat Ghafar Baba tatkala menyogok wang di setiap perwakilan Negeri agar mengundi beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.



 


Malah tatkala Ghafar Baba cuba menerangkan secara beradab tindakan Anwar dipecat, lantas terus puak2 penyokong ekstrim Pembangkang dipimpin Anwar pada era Reformasi 98 menggelar Ghafar Baba sebagai seekor anjing Bulldog. Teriakan tersebut adalah salah satu laungan Demonstrasi Jalanan yang dianjurkan puak2 reformasi Anwar 1 ketika dahulu. Adakah Tamrin lupa? Bohong jika dia kata dia lupa.

Tapi Pemimpin sebegini memang elok bersama Pembangkang. Tidak ada maruah dan prinsip politik yang luhur. Hanya pandai bermain tarik tali dalam menikmati kepentingan peribadi semata2.

Hari ini Tamrin buat gimik sekali lagi. Setelah puluhan kenyataan yang sama tatkala disoal penyertaan dalam mana2 Parti Pembangkang. "Tak dapat ilhamlagi." Tapi dalam ceramah hina kepimpinan UMNO Korup. Tamrin lupa bapa beliau sendiri ditumbangkan Anwar dengan cara korup.

Paling jijik apabila dalam temubual bersama pemberita malam tadi pada Majlis Berbuka Puasa di sebuah restoran di Gombak semalam, Tamrin sempat 'berkongsi' ilmu bapa beliau di hadapan penonton yang menghina bapa kamu laksana Anjing. Muka bebal. 

Mereka tidak pernah hormat akan jasa bapa kamu. Akan tetapi puak2 pro Anwar dan Pembangkang meludah jasa2 bapa kamu di Negara ini.

Mereka memperdaya kamu untuk membina kekuatan pengaruh kroni2 terutamanya kroni2 Anwar. Satu hari nanti, kamu akan rasa 'sakit' dipermainkan dan dicantas Pemimpin2 ini sebagaimana Anwar mencantas bapa kamu 1 ketika dahulu.


 



Nyata Tamrin tidak mewarisi semangat cekal dan sabar bapa beliau yang berdepan cabaran politik. Kerana keikhlasan dalam perjuangan beliau sejak merdeka. Walaupun dicantas Anwar dengan cara kotor, Ghafar Baba terus berkhidmat demi rakyat. Mengapa beliau setia pada UMNO. Tamrin ada jawapannya.




3 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Alah Orang Melaka bukannya xkenal Si Tamrin ni hanya harapkan nama dan gelaran dari Arwah Bapa beliau lau x langsung orang xpandang.Orang kenalkan sebab anak Ghafar Baba cuba kalau anak Babun orang kenal ker ...

Anonymous said...

Bukan setakat orang Melakaaaa... seluruh Malaysia puuunnn..., dikalangan kami Pemuda UMNO yang sezaman dengan Dato' Haji Shuhaimi Kamaruddin selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu, sapa yang tak kenal Tamrin?. Boleh tanya Dato Mazlan Datok Harun, Datok Saidin Tamby, Tun Abd Rahman Abbas, mereka tahu cerita Tamrin niiiihh... Masa tuuu... sebagai anak Tun Ghaffar Baba Timbalan Perdana Menteri, Tamrin bermaharajalela dengan kekayaan yang diperolehi. Jika tak dapat apa yang dia minta, memang Tamrin akan ugut sesiapa saja pegawai Kerajaan ka atau Menteri ka, dia akan guna bapak dia menghancurkan orang yang dimusuhinya.

Masa Anwar bangun dengan kekuatan kewangan menentang Tun Ghaffar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tamrin, sepatah pun dia tidak membela bapaknya untuk mempertahankan jawatan tersebut. Kerana pada masa itu Tamrin telah pun menerima kekayaan yang dihambur oleh Anwar Ibrahim dan menutup mulutnya supaya jangan menentang Anwar yang sedang mara mendapatkan jawatan Timblan Presiden UMNO. Sedangkan pada masa tersebut Tamrin adalah juga saorang tokoh yang ada pengaruh dan dikenali seluruh pemimpin UMNO dinegara ini yang mana jika dia bangun menentang Anwar masih banyak lagi pemimpin UMNO yang mahu menghormati Tun Ghaffar Baba serta menykongnya.

Kerana duit dan kekayaan yang disumbat oleh Anwar ka mulutnya, Tamrin lupa segala-galanya dan bapanya sendiri sebagai tokoh dalam perjuangan UMNO zaman Tungku Abdul Rahman, pun diterajang oleh Tamrin anaknya sendiri.

Jadinya, sekarang ini, kerana duit juga Tamrin menjilat pungkoq Anwar yang kononnya kawan lama beliau lalu berceramah dimerata pentas PAS dan PKR menhentam UMNO. Dan yang paling sedih Tamrin membiarkan Mat Sabu membuat kenyataan yang kononnya "JIKA TUN GHAFFAR MASIH HIDUP MELIAU JUGA AKAN MASUK PAS".
Kenyataan ini benar-benar menghina tokoh UMNO yang telah kembali karahmatullah serta amat berjasa kapada UMNO dan Allahyarham PULA amat-amat menyayangi UMNO, yang mana mulut barua PAS ini pula sanggup dibiar Tamrin bercakap demikian. Walau pun secara lawak tapi bagi kita itu adalah satu penghinaan.

ITULAH SABENARNYA TAMRIN GHAFFAR BABA.

Powered by Blogger.