Aug 6, 2012

NAJIB TETAP BANGGA - TANGISAN LEE CHONG WEI MOHON MAAF BUAT RAKYAT MALAYSIA..!!








"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.

Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.






"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.

"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.

"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.

Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.

Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.






Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.






Sementara itu, Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha dan corak permainan yang dipamerkan Chong Wei ketika menentang pemain China, Lin Dan.

"(Kekalahan itu) memang bermaruah kerana beliau (Chong Wei) tidak menyerah kalah dengan mudah, beliau telah berjuang habis-habisan.

"Meskipun beliau tidak berjaya sebab permainan Lin Dan terlalu agresif tetapi ia telah menaikkan imej negara kita," katanya.




12 comments:

Anonymous said...

Masa untuk gantung reket.

Anonymous said...

KOMENTAR POSITIF RAKYAT MEMVUATKAN PEMVANGKANG TERTEKAN DEK KERANA MELIHAT SEMUA PERKARA DALAM KONTEKS POLITIK

Anonymous said...

komentar negatif manoharam akan membuatkan hayat politik yb rasis di hujung tanduk.

Anonymous said...

no komen...kalah tetap kalah!!!!

Anonymous said...

Tahniah...Lee Chong Wei walaupun gagal mendapat emas belum ada rezeki. Terima kasih kepada Perdana Menteri Dato Najib berbangga walaupun kita tidak berjaya.

Abdul Hayee said...

PERMAINAN YANG DITUNJUKKAN OLEH DATO LEE CHONG WEI SUNGGUH MEMBANGGAKAN. WALAUPUN MENDEBARKAN TETAPI TERHIBUR.

DATO LCW TIDAK BALIK DENGAN TANGAN KOSONG. PINGAT PERAK UNTUK DIRINYA DAN NEGARA. BENDERA MALAYSIA TERKIBAR MEGAH DI ARENA BADMINTON LONDON SUKAN OLYMPIC KERANA USAHANYA.

SAYA TETAP BANGGA DAN BERSYUKUR.

TAHNIAH DATO. TO ME AND ALL BADMINTON FANS, YOU ARE STILL THE BEST BADMINTON PLAYER OF ALL TIME.

Anonymous said...

sama macam isu pru yakni ia tidak dilewatkan...makanya dalam konteks sukan, pemain badminton negara tidak kalah sebaliknya berjaya kekalkan pingat perak yang dimenangi di Beijing 4 tahun dulu.

dalam konteks politik, pembangkang tidak menang pada 2008 sebaliknya berjaya kekalkan kedudukan sebagai pembangkang. itulah pemahamannya.

ayat biar lembut tapi tajam!

Zek said...

Untuk sampai ke peringkat akhir sukan Olympic bukan mudah. Apatah lagi dengan kecederaan yang di hadapinya sebelum itu. Masanya untuk berlatih sangat singkat tetapi dia berjaya juga ke final. Memang hebat.

Kalau Lin Dan berada dalam keadaan yang sama dapatkah dia masuk final?

Congratulation Dato Lee Chong Wei. You are still the greatest.

Aku Sengal said...

ini sukan..tanpa sempadan politik mahupun agama mahupun kaum..apabila berada di arena sukan antarabangsa, apalagi pentas OLIMPIK..hanya ada nama MALAYSIA..TIADA BN/PR/DAP/PAS dll..

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

still looser!!!

Anonymous said...

Anon Monday, August 06, 2012

look who's talking..

Powered by Blogger.