Aug 4, 2012

ISU AIR - PAPARAN BUKTI RONNIE LIU TIPU RAKYAT SELANGOR..!!








Kerajaan Persekutuan telah membuat perkiraan sejak beberapa tahun lalu bahawa Lembah Klang akan mengalami krisis air pada tahun 2014. Semuanya kerana seperti yang semua sedia maklum setiap hari jumlah penduduk Lembah Klang makin meningkat , perindustrian semakin pesat dan bilangan rumah-rumah juga semakin meningkat.






Menyedari masalah yang akan timbul dan tidak mahu krisis air seperti tahun 1998 berulang kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan seharian rakyat serta boleh menjejaskan ekonomi negara, maka kerajaan telah mengambil langkah segera pada masa itu dengan rancangan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baru di Hulu Langat yang dinamakan Loji Langat 2.





Bagaimanapun usaha Kerajaan Persekutuan terencat selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada PRU 12 tahun 2008. Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim yang memerintah Selangor cuba menghalang pembinaan Loji Langat 2. Bukan setakat menghalang, malah keseluruhan anggota Exco nya dikerah untuk mengelirukan rakyat Selangor dan Malaysia berhubung krisis air yang bakal berlaku.

Mereka cuba kelirukan rakyat dengan mengatakan krisis air tidak akan berlaku kerana Selangor mempunyai air yang cukup. 






Pertengahan bulan Julai, Ronnie Liu membawa sekumpulan wartawan berkunjung ke empangan-empangan yang menyimpan air untuk kegunaan rakyat Lembah Klang dan menunjukkan kesemua empangan penuh dengan air. Sila lihat di sini.

Khalid Ibrahim juga pernah menyatakan hasrat untuk menggunakan air lombong sebagai alternatif  jika sungai kekurangan air.




Mereka cekap bermain politik untuk mengelirukan rakyat. Apa yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu dan apa yang diperkatakan oleh Khalid Ibrahim bukan fakta yang sebenar.

Rakyat dan industri memerlukan air yang telah dirawat atau pun dipanggil air bersih. Tiada rakyat yang sanggup gunakan air dari lombong atau empangan tanpa dirawat. Begitu juga dengan industri. Tiada kilang yang sanggup gunakan air mentah atau yang belum dirawat untuk industri mereka. Semuanya memerlukan air bersih.



 



Masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk Lembah Klang pada tahun 2014 bukannya masalah air mentah. Sebaliknya masalah air bersih. Loji memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk merawat atau memproses air mentah.

Masalah yang timbul kini adalah masalah loji. Jika tidak diatasi dengan segera pada tahun 2014 penduduk dan pemain industri Lembah Klang akan menghadapi masalah untuk menggunakan air.





Air bukannya isu besar di Malaysia kerana negara kita sering menerima hujan. Masalah yang besar adalah masalah loji pemprosesan air. Tidak kira air hujan, air lombong, air sungai atau air empangan, semuanya memerlukan loji untuk merawat air sebelum disalurkan kepada pengguna.

Pada masa ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama ( Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong.





Khamis petang penulis telah diberikan kesempatan untuk melawat Loji Sungai Langat dan telah diberi penerangan oleh pihak Puncak Niaga berhubung operasi loji berkenaan. Rombongan melawat loji berkenaan diketuai oleh Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor , Datuk Sohaimi Shahadan. Tujuan lawatan adalah untuk kami mengetahui dan lebih memahami keadaan yang sebenar.






Ternyata tohmahan yang dilemparkan oleh Kerajaan Selangor bahawa Puncak Niaga dan Syabas berkomplot mengurangkan bekalan air untuk kegunaan penduduk Lembah Klang bagi tujuan kepentingan politik BN adalah dusta semata-mata.

Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada tahun 1971. Ianya direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari. Peningkatan tersebut disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat dari pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.

Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman. Itu pun sekadar 2 mesin sahaja yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja.





Akibat dari tekanan pemprosesan air yang terlalu banyak 24 jam sehari tanpa henti menyebabkan pada sesetengah waktu mesin tersebut rosak. Apabila mesin rosak jumlah air yang diproses akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu. Proses membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami. Ianya boleh memakan masa antara 1-3 hari.

Loji tersebut sudah maksimum penggunaannya. Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau penambahan mesin baru. Jawapan kepada masalah yang timbul adalah pembinaan loji baru. Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan PKR Selangor menghalangnya.

Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa antara 3-4 tahun. Sehingga ke hari ini ianya belum dapat dibina kerana halangan Khalid Ibrahim. Makin lama pembinaannya terhalang makin lama masa yang diperlukan untuk menyiapkannya. Sekiranya dibina sekarang mungkin ianya akan siap pada 2016. Sudah melebihi dari tempoh yang jangkaan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Jika berlaku krisis air ianya bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian rakyat, malah akan turut menjejaskan ekonomi negara dan seterusnya memburukkan imej negara di kalangan pelabur-pelabur asing. Apabila ekonomi negara terjejas kesannnya akan terasa dari poket sehingga ke dapur rumah setiap rakyat.

Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah jangka panjang yang sepatutnya bagi mengelak rakyat tidak kira dari parti politik mana sekali pun menghadapi krisis air. Tetapi kerajaan PKR pula yang menjadi penghalang. Dari apa yang terjadi ini rakyat boleh menilai siapa yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk mengelak rakyat menghadapi masalah dan siapa pula yang cuba menjadi pengkhianat rakyat.


Petikan dari Artikel Selangor Daily.

3 comments:

Anonymous said...

Rupa rupa si jalang Abby tu dah kahwin dengan org PAS ke.. Curi laki orang.. Yang orang PAS ni pula kahwin sebab nafsu lah tu..

Anonymous said...

Belum nikah tapi dah kahwin..

Anonymous said...

Kenapa Abby bercerai dulu.. apa cerita disebalik penceraian Abby..

Powered by Blogger.