Aug 4, 2012

LAGAK HERO BAKAL BANDUAN RAFIZI AKHIRNYA MAKAN DIRI..!!








Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad  mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah  yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga  bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar  peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.


 

9 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Stesen radio FM 89.9 adalah anti kerajaan.. siapa punya stesen ini.. Semua topik yang dibincangkan, dia akan salahkan kerajaan.. terutama seoramg yang bernama something TAN..

Anonymous said...

Semalam diaorang discussed pasal kes rafizi.. bercakap dengan lawyer liberty.. hujah semua mengarut tetapi sudah pasti menyokong rafizi walaupun rafizi salah disisi undang undang.. apa punya lawyer liberty kalau undang undang yang ada pun tak mahu dipatuhi.. menegakkan benang yang basah semata mata kerana menyokong pembangkang..

Moral of story kita boleh buat apa sahaja walaupun menyalahi undang undang yang sedia ada, tanpa melalui saluran yang betul, jika kita ada niat hendak buat benda yang baik..

Tapi yanmg bodohnya, dia tak fikir panjang apa kesan dia pada orang lain.. contoh dalam kes rafizi ini.. jika tindakan tak diambil pada rafizi, apa akan jadi pada investor yang nak labur atau letak duit di malaysia.. mesti tak percaya akan sistem di malaysia ini.. Kita tengok berapa ketat sistem perbankan di Swiss Bank..

Pihak pembangkang ini hanya pandai pusing fakta sahaja.. salah tetap salah.. bicara dulu, baru cerita, tak payah buat public hearing...

Anonymous said...

Kita suggest kerajaan BN buat satu stesen radio macam stesen 89.9 FM yang mengutuk pembangkang secara terang terang walaupun tidak benar (propaganda) tapi menggunakan nama orang lain supaya tidak disaman.. contohnya stesen 89.9 FM ini menggunakan "dari sumber yang dipetik dari MalaysiaKini"..

Apa kata stesen baru ini menggunakan "dari sumber yang dipetik dari GR ke, PapaGomo ke etc"...

Anonymous said...

Apa jadi pada kes Talam.. Kenapa tak ada tindakan selanjutnya diambil oleh pihak berwajib untuk menyiasat.. adakah sebab kelembapan ini, orang seperti rafizi ini rasa ledbih baik terus berurusan dengan media untuk mendedahkan sebarang kes penyelewengan..

Anonymous said...

Niat rafizi untuk mendedahkan memang baik dan patut dipuji.. cuma caranya salah dah melanggari undang undang sedia ada.. jadi bersedialah untuk menjawab dalam mahkahmah nanti.. keputusan mahkahmah pula nanti akan menjadi kes rujukan untuk kes yang sama pada masa hadapan..

Anonymous said...

maksudnya whistler blower kat malaysia ni tidak tertakluk pada undang undang lah tu.. boleh buat sesuka hati..

Anonymous said...

Penyokong BN lebih perlu vokal.. kalau dengar dalam radio, banyak pemanggil yang tidak setuju dengan kerajaan.. semua salahkan kerajaan.. satu pun tak betul.. kerajaan perlu menggunakan kaedah baru dalam radio untuk menarik pengundi muda.. rata rata ramai yang sangkut dalam traffic jam dan dengar radio dalam kereta.. jadi ini adalah satu cara yang perlu digunakan untuk menarik mereka dengan kaedah yang sesuai dengan mereka.. DJ DJ mesti tahu cara untuk memberi kesedaran kepada mereka, walaupun mereka ini pandang serong pada kerajaan..

Anonymous said...

Penguatkuasaan di Malaysia lemah.. siapa salah, kerajaan BN yang salah.. itu adalah tanggapan yang hendak diberi oleh pembangakang kepada raktyat malaysia.. semua salah kerajaan bn.. tapi kalau tengok, kalau polis lembab atau ambil rasuah traffic pun, tak kan nak salah kan kerajaan BN.. Tapi itu adalah apa yang cuba dikatakan oleh pembangkang ini.. semua salah kerajaan BN..

Powered by Blogger.