Aug 5, 2012

KHALID GAGAP AKUI UNISEL HUTANG RM15 JUTA DGN. SYARIKAT JANA NIAGA..!!







 
Memalukan. Tatkala beberapa IPTS di Negara ini terpaksa berhempas pulas memberi perkhidmatan pelajaran terbaik, Universiti Selangor (Unisel) yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor menanggung beban hutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Tunggakan bayaran yang didedahkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omarmelibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor tersebut.

"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang jadi mangsa ialah pelajar.

"Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM170,087.43 kepada Lembaga Zakat Selangor di Tanjong Karang , Sabtu lalu.






Pendedahan ini menguatkan lagi isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.

Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.
Sementara itu, Noh Omar turut mencabar MB Selangor Khalid Gagap mengeluarkan laporan kewangan Unisel jika benar pendedahan beliau tersebut palsu.

"Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan).

"Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.





 
Pendedahan ini juga diperkukuhkan lagi menerusi kenyataan Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap yang menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.

Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. "Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.

"Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.

Beliau turut menjelaskan apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB, mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.

"Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat.

"Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya.






Kelihatan Khalid Gagap terkedu menjawab jumlah hutang yang besar yang terpaksa ditanggung sebuah IPT di bawah Kerajaan Negeri tatkala Anwar menjanjikan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga IPT jika Pakatan menang besar pada PRU13 kelak.


0 comments:

Powered by Blogger.