Aug 28, 2012

KHALED NORDIN BANTAH IDEA KJ TUBUH KELAB PENYOKONG UMNO DI IPTA..!!?








Sebarang pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Berdasarkan kepada Auku, tidak boleh ada (pertubuhan) politik dalam kampus, jadi kita kena ikut undang-undang sedia ada. Itu sahaja komen saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, Pemuda Umno akan menubuhkan kelab penyokong di setiap kampus institut pengajian tinggi awam di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).




 
Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Malah rang undang-undang itu juga menghalang pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan kampus atau bertanding dalam pemilihan di peringkat kampus jika memegang jawatan dalam parti politik.

Sekatan itu bertujuan untuk mengekalkan neutraliti dalam kampus.


2 comments:

Anonymous said...

heran betul kenapa adam adli tak nak pulak menteri ni berkata2. lepas tu diam sahaja bila adam adli bukak pertubuhan haram kononya mewakili mahasiswa dan siswi bukan sekolah menengah, DATUK BUKAK MATA SIKIT TAK CUKUP 2 KANTA TAMBAH LAGI 2 KANTA BUKAN BINI YE DATUK.

Anonymous said...

Bukak kelab mahasiswa nasionalis. Lepas tu pro UMNO. Habih cito. hahaha AUKU tu formaliti jah.

Hakikatnya kelab2 mahasiswa pro pembngkang dah lama berselindung dgn nama kelab dan libatkan diri dgn politik. poodah. mahasiswa neutral taik kuc-hing (cercaan ni aku tujukan pada kelab2 mahasiswa pro pembangkang)

Powered by Blogger.