Aug 3, 2012

KES RAYUAN TUDUHAN RASUAH KHIR TOYO BAKAL TERJAWAB 28 SEPTEMBER INI..!!








Mahkamah Rayuan diberitahu  hakim perbicaraan kes rasuah bekas MB Selangor, Dr Mohamad Khir.

Khir Toyo telah terkhilaf dalam penghakimannya apabila menetapkan penanda aras bagi hartanah di Shah Alam sebagai harga belian yang dibayar oleh pengarah Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni tiga tahun sebelumnya (2004), dan bukan berdasarkan harga pasaran pada 2007.

Laporan Bernama telah memaparkan antara lain hujah peguam bela utama Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah sepatutnya mengambil kira laporan penilaian bebas bank oleh Rahim & Co yang mentaksirkan harta itu bernilai RM3.5 juta pada 2007.

Kata beliau, hakim perbicaraan Datuk Wira Mohtaruddin Baki menggunakan undang-undang baharu bahawa tanda aras itu adalah harga transaksi terakhir, tanpa mengira sama ada ia adalah melebihi atau kurang daripada 'nilai pasaran munasabah'.

Katanya, Dr Mohamad Khir sedar sepenuhnya Shamsuddin membeli hartanah itu pada harga RM6.5 juta.

"Anak guam saya membayar RM500,000 dan bakinya RM3 juta diperoleh melalui pinjaman bank," hujah Muhammad Shafee di hadapan panel tiga orang hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin.






Dua lagi hakim ialah Datuk Azhar Mohamad dan Datuk Aziah Ali.Muhammad Shafie berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan bahawa Shamsuddin adalah rakan kepada seorang kontraktor, Nasir Ismail, yang membuat pengubahsuaian terhadap banglo berkenaan dengan kos RM1.5 juta.

Beliau berkata Shamsuddin pada mulanya didakwa atas pertuduhan bersubahat tetapi telah ditarik balik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Shamsuddin menarik balik kenyataannya kepada suruhanjaya itu.

Beliau seterusnya berhujah Mohtaruddin juga terkhilaf dalam penghakimannya apabila memerintahkan hartanah itu dilucuthak kerana tidak ada peruntukan bagi melucuthak, kerana perayu tidak dikenakan tuduhan memperoleh hartanah (banglo) itu secara tidak sah.
    
Kata beliau berdasarkan alasan ini sahaja, rayuan Dr Mohamad Khir harus dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan.





Mahkamah menetapkan 28 September untuk memberi keputusan berhubung rayuan Dr Mohamad Khir.   

Pada 23 Disember tahun lepas, Dr Mohamad Khir, 46, telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin, pada pertimbangan yang beliau mengetahui adalah tidak mencukupi pada 2007.

Cerita Panas Politik Malaysia sampai ke US. (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :-




0 comments:

Powered by Blogger.