Aug 13, 2012

KES ALTANTUYA - PAKAR UNDANG2 DESAK SIASAT SEGERA DAKWAAN RAJA PETRA..!!








Polis perlu segera menyiasat pendedahan komplot fitnah di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasundram yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang yang memberi maklumbalas isu tersebut menerusi Utusan Malaysia menegaskan, siasatan itu wajar diberi perhatian kerana ia membabitkan satu pertuduhan cukup serius terhadap pemimpin nombor satu negara.

Menurut beliau, polis boleh menggunakan pendedahan itu sebagai satu maklumat berhubung kemungkinan berlaku jenayah untuk memulakan siasatan.

Malah, Salleh berkata, Raja Petra juga perlu diheret sekali dalam siasatan itu untuk mengetahui kesahihan maklumat yang didedahkan.

"Sama ada pendedahan itu benar atau sebaliknya, yang penting sekarang adalah siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan Raja Petra itu.

"Bukan sahaja kes ini tetapi sesiapa pun yang didakwa membuat pembohongan dalam akuan bersumpah mesti disiasat.

"Orang ramai pun hendak tahu juga sama ada pendedahan itu betul atau tidak, tidak boleh berdasarkan cakap-cakap (dakwaan) orang sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Raja Petra Kamarudin yang mendakwa akaun bersumpah Balasundram menuduh Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya dirancang oleh pembangkang.

Raja Petra turut mendakwa Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akaun bersumpah memfitnah Najib dan perkara itu diketahui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


2 comments:

Anonymous said...

Buang karan je kalau disiasat... takkan ada bukti yang kukuh... macam jam Omega.

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Powered by Blogger.