Aug 3, 2012

KERAJAAN NGRI. SELANGOR SELEWENG WANG RAKYAT BIAYAI KES RAFIZI...!!








Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa tindakan Selangor membiayai kos guaman bekas Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli, yang berhadapan dengan tuduhan mendedahkan profil pelanggan milik sebuah bank pada Mac lalu, bercanggah  dengan kepentingan awam dan satu bentuk salah guna kuasa oleh Kerajaan Negeri itu.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi tidak boleh dianggap sebagai 'whistleblower' kerana beliau merupakan seorang individu yang melanggar undang-undang perbankan sekali gus mencabul asas industri perbankan.

Menurutnya, banyak dana yang dibelanjakan oleh Selangor, namun semuanya tidak memberi manfaat kepada rakyat dan lebih kepada kepentingan parti politik.

“Sudah berapa banyak dana yang telah dibelanjakan oleh kerajaan PKR yang langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Selangor?

"Sebelum ini kerajaan negeri telah menggunakan wang rakyat untuk menanggung kos guaman bagi pemprotes-pemprotes perhimpunan Bersih yang tidak ada kena-mengena langsung dengan kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor,” katanya.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan kesediaannya membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli yang didakwa berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim  menyelar tindakan mendakwa Rafizi.

Justeru, Sohaimi yang juga ketua Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berkata, tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mengguankan dana awam untuk mempertahankan ahli partinya jelas memperlihatkan kepincangan urus tadbir negeri serta amalan pengurusan yang tidak amanah.

“Lagipun Rafizi tidak boleh dianggap sebagai whistleblower kerana beliau mempunyai niat dan kepentingan politik dan kita kena faham konsep 'whistleblower'.

"Rafizi tidak menyalurkan maklumat yang sebenarnya kepada saluran yang betul iaitu pihak penyiasat,  tetapi maklumat tersebut telah disebarkan kepada pihak umum. Kita serahkan perkara ini kepada mahkamah untuk menentukan tuduhan dan saya menasihatkan Rafizi supaya bertanggungjawab," katanya lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sinar Harian.


0 comments:

Powered by Blogger.