Aug 9, 2012

KEDAH & KELANTAN BOIKOT TEMA/LOGO MERDEKA PAKATAN..!!







Pakatan Pakatan yang mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" pada 1 Ogos lalu sebagai tema alternatif mereka menerima tamparan hebat setelah hanya Selangor yang mengesahkan akan  menggunakannya.

Setakat ini, 2 Negeri Pakatan Pembangkang iaitu Kedah dan Kelantan telah memutuskan tema masing-masing sebelum kepimpinan tertinggi Pakatan mengumumkannya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan Pakatan kini seperti raksasa dalam mitos Yunani yang mempunyai banyak kepala di satu badan.

Beliau menegaskan Pembangkang tidak patut mengeluarkan logo hari kemerdekaan sendiri memandangkan mereka tidak dapat bekerjasama menggunakan tema yang sama.

"Bagaimana mereka hendak hasilkan logo bersama sedangkan tidak boleh bekerjasama menghasilkan tema yang sama," katanya.

Pengumuman Pulau Pinang menggunakan tema "Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat" hari ini melengkapkan empat tema hari kemerdekaan berbeza di negeri Pakatan.


1 comments:

Anonymous said...

apakah mereka itu semua bukan warga negara malaysia...
aku anak selangor..
selangor sebahagian dari MALAYSIA...
MALU aku kerajaan negeri buat mcm nie..
mcm anak2 selangor bukan warga MALAYSIA

Powered by Blogger.