Aug 14, 2012

ISU LIWAT ANWAR KEMBALI KE MAHKAMAH - HASAN ALI TURUT TERLIBAT..!!?








Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menghalalkan kegiatan itu.
Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata temu bual itu juga membawa maksud ia menyokong kegiatan homoseksual.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, beliau tidak bersetuju bahawa temu bual itu bermaksud tidak menyokong kegiatan homoseksual tetapi menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dengan wanita.

Surendran: Cuba lihat ayat pertama dalam temu bual itu " We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia", adakah ayat itu meminta supaya kegiatan homoseksual dihalalkan?

Hasan: Ya.





Bernama melaporkan ketika ditanya peguam itu sama ada jawapan Anwar dalam temu bual itu "We do no promote homosexuality in public sphere and domain" bermakna ia menyokong kegiatan homoseksual, Hasan menjawab "Ya".
    
Hasan, saksi defendan pertama,  berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC  mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review archaic laws, punitive, punishment not relevant dan public spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.






Selepas Hasan selesai diperiksa semula oleh Firoz, Hakim Datuk V.T.Singham yang mendengar perbicaraan itu mengemukakan satu soalan kepada Hasan sama ada beliau ada membuat sebarang penjelasan dengan Anwar apakah maksud temu bual itu sebelum membuat kenyataan itu kepada media dan Hasan menjawab "Tidak"

Singham : Kenyataan itu dibuat atas tafsiran anda?   

Hasan : Betul.    

Firoz kemudianya meminta Hasan menjelaskan mengapa beliau tidak meminta penjelasan Anwar mengenai maksud temu bual itu.

Hasan menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana ketika sidang akhbar bersama media itu ianya berlaku secara  "impromtu" (tanpa persediaan) dan beliau tidak menyangka mengenai soalan itu.

Beliau juga berkata sekiranya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, beliau perlu membuat penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan, maka beliau perlu menghubung ramai orang.

Ketua Pengarang Utusan, Abdul Aziz dalam keterangannya menafikan bahawa wujudnya campur tangan pihak lain terutama parti pemerintah dalam penerbitan artikel itu dalam akhbar Utusan Malaysia.

"Tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam urusan operasi atau arahan kepada jabatan pengarang dalam penyiaran artikel. Jabatan pengarang menyiarkan artikel berdasarkan pertimbangan editor yang bertugas," katanya  emasa pemeriksaan semula oleh Firoz.

Abdul Aziz, saksi defendan ketiga, juga berkata akhbar itu bertanggungjawab untuk menyiarkan perkara yang benar dan bukan lahir untuk menyiarkan perkara yang tidak benar.






Menjawab soalan Surendran ketika diperiksa balas, Abdul Aziz menafikan bahawa ada wakil Umno yang menjadi ahli dalam lembaga pengarah Utusan Melayu campur tangan dalam urusan operasi harian jabatan pengarang.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dangan cadangan Surendran bahawa Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita positif mengenai parti pemerintah tetapi menyiarkan berita negatif bagi parti pembangkang.

Beliau juga menafikan akhbar itu dari tahun 1998 iaitu sejak Anwar meninggalkan parti pemerintah, tidak pernah menyiarkan berita positif mengenainya.

Bagaimanapun kepada satu soalan lain Surendran, Abdul Aziz berkata beliau bersetuju bahawa Utusan Malaysia tidak memberikan liputan yang seimbang mengenai parti pemerintah dan pembangkang.

Perbicaraan bersambung 23 Okt ini.


Artikel lain berkaitan Hasan Ali (KLIK pada tajuk di bawah) :-




8 comments:

Anonymous said...

Ramai editor dah kena perangkap samar anwar..

Banyak dari kenyataan anwar telah dirancang dengan teliti dan response seperti begitu memang telah dibaca oleh anwar.. Sengaja hendak perangkap ramai editor yang anti dia.. Boleh saman..

Anonymous said...

Anehnya Anwar tidak pulak saman Nala, Eskay dan Umi. Kenapa ya?

Anonymous said...

Nala, eskay dan umi kena saman anwar sebab cakap mereka penipu.. Dengan kata lain cuba menjatuhkan kredibiliti mereka dengan mengatakan mereka penipu dengan menuduh anwar terlibat dalam semua kes yang mereka katakan... Itu pun kalau anwar ada menafikannya.. Itulah sebab anwar tak pernah hendak menafikannya..

Anonymous said...

NGO kena saman eskay, umi dan nala... Biar benda ini dibicarakan dimahkahmah.. Boleh buka satu persatu pekong anwar di mahkahmah..

Anonymous said...

PAS BACUL LAGI..

APA KATA HADI LEPAS DITEMPLAK OLEH KARPAL SINGH DENGAN MENSYARATKAN WANITA DI TERENGGANU MAMAKAI PAKAIAN TERTENTU..

BACUL TETAP BACUL..

SENYAP TERUS MEMBISU..

ITULAH PEMIMPIN PAS SEKARANG..

Anonymous said...

NANTI NIK AZIZ CAKAP BIAR KAN LAH KARPAL SINGH..
TAK BERANI NAK TEGUR KARPAL SINGH LANGSUNG.. MANA KEJANTANAN PUAK PAS NI.. SAMALAH MACAM PENYOKONG FANATIK MEREKA.. BACUL KAT BELAKANG..

Anonymous said...

DAP TERUS MEMBACULKAN PAS..

TAK ADA SUARA PUN DARI GRASS ROOT YANG CUBA TEGAKKAN APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS.. SEMUA BACUL JUGA..

PAS INGAT DIA AKAN MENGUGUT DAP UNTUK KELUAR PAKATAN HANYA LEPAS MEREKA MENANG PRU NANTI.. INGAT DAP TU MACAM PKR KE.. GILA KUASA..

Anonymous said...

Pas memang bacul, serban yg puak2 Pas pakai buat kain lap kaki karpak je...

Pas nak tegur karpal jgn harap lah silap2 siap cium tapak kaki karpal lagi adalah... Pas bacullll..

Powered by Blogger.