Aug 29, 2012

HIMPUNAN 'JANJI DEMOKRASI' - ANWAR ARAH MARIA CHIN CANTAS AMBIGA!!








Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.


Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.


Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.


Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.


Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.


Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.


Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.


Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.


Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


7 comments:

Anak Lenggong said...

Sebenarnya tujuan mereka adalah untuk merosakkan perayaan sempena menyambut kemerdekaan. Saperti selalu sambutan menjelang kemerdekaan akan dihadiri oleh rakyat,para diplomat asing serta pembesar negara..so tujuan mereka adalah untuk menunjukkan kononnya kerajaan Malaysia tidak bersih dan demokrasi..mereka memang maukan pihak Polis menghalang perhimpunan mereka..supaya mereka boleh menunjuk kepada negera luar kononnya malaysia ni menghalang hak asasi.

Elok lah selepas ni dilakukan perkara yang sama dihadapan rumah para penganjur supaya mereka tau bagaimana susahnya hidup pabila kehidupan seharian diganggu dan di syorkan mereka ni pergi tinggal diluar negara sapertimana Hishamudin Rais dulu,,supaya mereka tau bandingkan kesejahteraan dan keselamatan di Malaysia berbanding negara lain.

Anonymous said...

macam khalid gagap pun ada marina nih

Anonymous said...

saya ingin mencabar 47 ngo ini, supaya membuat janji yang mereka tidak akan menyebabkan huru hara pada malam tersebut dan mematuhi undang2.

saya mencabar 47 ngo ini dengan secara jelas nya memberitahu siapa kepala yang mengetuai mereka dan akan bertanggungjawab terhadap kelakuan ahli2 peyokong mereka pada waktu perhimpunan, jangan bagi alasan macam ambiga dan anwar surh orang berhimpun bila dah huru hara buat muka sedih "apa i boleh buat beribu2 orang dekat sana, takkan i sorang nak halang dorang"

PLEASE STOP THE BULLSHIT
-ANTI HURU HARA-

Anonymous said...

Pakatan cuba guna tektik bodoh.. Konon dah tak terlibat dengan demo macam tu.. Rakyat bodoh yang dipergunakan sahaja akan ikut.. Rasa kerajaan BN perlu wujudkan unit yang boleh ikut rentak pembangkang ni.. Ada ceramah ke atau apa apa oleh mereka, unit ni boleh pergi kacau.. Bukan dia sorang aje boleh buat..

Anonymous said...

Setuju.. Pergi berkhemah depan pintu masuk rumah ketua ketua NGO ni kalau mereka teruskan perhimpunan ini.. Baru mereka paham..

Anonymous said...

Biarlah mereka berdemo.. Rakyat dah jelak dengan mereka.. Terutama apabila nak buat kacau pada hari merdeka.. Tak ada hari lain lagi ke...

Anonymous said...

Biar hari merdeka di rosak kan oleh mereka ini.. Tak tahu nak respect langsung..

Powered by Blogger.