Aug 15, 2012

SELEPAS TANDA PUTERA - FILEM 'ANWAR THE JOKER' BAKAL MENYUSUL HUJUNG TAHUN INI..!!








Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.






“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).

“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.

Menurutnya, PR tidak perlu mempertikaikan jalan cerita tersebut walaupun ia menyentuh sensitiviti kerana ia berdasarkan fakta sejarah.

PR sebelum ini berkata filem “Tanda Putera” itu boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seperti 13 Mei yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

Presiden Perkasa ketika dihubungi berkata, filem tentang Anwar masih sedang dalam perbincangan dan belum muktamad.

“Perkasa baru lahirkan hasrat dan kesediaan.

“Kami akan berbincang dengan Shuhaimi Baba selepas raya ni dan harap-harap beliau akan bersetuju.”


1 comments:

Anonymous said...

PR TAKUT PADA SEJARAH..

AKU PERNAH DIBERITAHU OLEH TOURIST GUIDE SEMASA MELAWAT NAGASAKI BAGAIMANA GOLONGAN MUDA JEPUN SANGAT MARAH PADA KERAJAAN JEPUN SEKARANG KERANA CUBA MENYEMBUNYIKAN SEJARAH SEBENAR JEPUN MASA WWW DAHULU..

DI MALAYSIA TERBALIK.. KITA TAKUT SEJARAH DAN TIDAK MAHU BELAJAR DARI SEJARAH.. KRNAPA HENDAK SEMBUNYIKAN DARI ANAK ANAK MUDA APA YANG BERLAKU PADA MALAYSIA PADA MASA LEPAS MERDEKA TU.. JIKA TAK BETUL, SAMAN PENGARAH.. JIKA BETUL, TIADA SALAH UNTUK DITONTONKAN.. TAKKSN NSK BELAJAR SEJARAH MASA CERAMAH POLITIK SAHAJA..

Powered by Blogger.