Aug 11, 2012

FATWA TEAM PRO ULAMA' - UNDI PARASIT PAS MASUK NERAKA..!!?








Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya.   Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO. 

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya. 

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam.  Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud. 

Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud.  Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud. 

Hukum apakah ini?  Atau agama apakah ini?





Oleh kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga. 

Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.  

Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.

Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk. 

Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.  

Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama. 

Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi juga Negara Islam yang melaksanakan Sistem Perundangan / Enakmen Syariah.

Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa.  Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup. 

Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga? 


Artikel Panas Kenyataan Mantan PM Tun Mahathir (KLIK tajuk di bawah untuk paparan) :-

 

2 comments:

berasiam said...

Jelas sikap munafik mereka bertepatan dengan ayat 138-140 surah An-Nisa. Rujuklah pada Ibu Kitab dan bukan pada ceramah-ceramah manusia berkepentingan yang mengharapkan sesuatu balasan daripada seruan mereka iaitu sokongan dalam pilihanraya.

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Powered by Blogger.