Aug 12, 2012

FANTASI '16 SEPTEMBER' - SENATOR DARI SABAH BAKAL LOMPAT PARTI..!!







Seorang lagi wakil rakyat Sabah Senator Datuk Maijol Mahap menerima sogokan dari Anwar Ibrahim dan diangka akan bertindak melompat parti.

Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.

Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.

MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.

Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.

Lagi Artikel Berkaitan (KLIK pada tajuk di bawah) :-


1 comments:

LADO TOKOU said...

Sebenarnya Senator Maijol Mahap sudah lama mengidam mahu bertanding di parlimen Kota Marudu tapi apakan daya kerusi tersebut diperuntukkan kepada PBS. Pemegang kerusi Dr Maximus Ongkili menteri di Jabatan PM. Lepas masuk pembangkang boleh lah En Maijol mencuba nasib dalam PRU akan datang. Namun pengaruh Dr Maximus di Parlimen Kota Marudu sukar digugat.

Powered by Blogger.