Aug 11, 2012

BONGKAR ISU AIR - SYARIKAT KRONI PKR CAGAR SAHAM SYABAS KAUT RM250 JUTA..!!








Persoalan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang  mencagarkan 15% sahamnya di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk kegunaan tertentu dilihat satu lagi pembongkaran kotor Kerajaan Negeri Selangor.

Ianya didedahkan oleh Koordinator BN Selangor, Datuk Sri Ir Mohd Zin Mohamed yang merujuk kepada maklumat sahih yang dapat dilihat pemilikan saham KDEB dalam Syabas itu telah dicagarkan kepada sebuah bank bertujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta.
Jumlah wang pinjaman yang amat besar itu dilihat 'luar biasa' bagi sebuah anak syarikat milik  Kerajaan Negeri (GLC).

Ianya jelas menafikan tuduhan pimpinan Pakatan yang mendakwa Syabas merupakan Syarikat Kroni BN sedangkan Pemilikan Saham Syabas merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau turut mempersoalkan 'niat sebenar' desakan dan sikap menggelabah Kerajaan Negeri yang mahu pengambilalihan Syabas.

“Adakah begitu daif Kerajaan Negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam  Syabas untuk membuat pinjaman.

“Jika benar ini berlaku, mampukah Kerajaan Negeri mengambil alih Syabas kerana saham 15 peratus tidak mampu diuruskan dengan baik, inikan pula sebuah syarikat pengagihan air yang begitu penting sekali,” katanya.






Mohd Zin juga mendakwa, pihak pengurusan atasan KDEB mengeluarkan surat arahan kepada Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) pada 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada 120 juta gelen sehari.

Beliau berkata, tindakan tersebut menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abass mengendalikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

“Persoalannya, kenapa beliau mengeluarkan arahan tersebut? Adakah KDEB atau Kerajaan Negeri ingin sabotaj rakyat Selangor dan Syabas?

Kenapa Syabas dipersalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan Abass? Siapakah yang mengarahkan beliau supaya mengeluarkan arahan tersebut.

“Saya minta supaya pihak bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini Kerajaan Negeri hanya menuding jari menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong,” katanya.

Melalui maklumat yang beliau peroleh juga, Kerajaan Negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah RM8 juta bertujuan memberikan air percuma ini.

Namun begitu katanya, Kerajaan Negeri sebenarnya tersepit dalam janji-janji mereka kerana bukan semua penduduk menikmati air percuma yang dijanjikan.

“Kerajaan Negeri sebenarnya tidak mampu mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

“Langkah terakhir mereka hanya mengelirukan rakyat. Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain supaya rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri pimpinan (Tan Sri) Khalid Ibrahim (Menteri Besar) ini,” katanya.

Lagi Panas di Selangor (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :-



2 comments:

Anonymous said...

Isu talam satu... Isu air satu..

Cuba buat satu kronologi dan update selalu supaya rakyat faham.. Ini sikit sana, sikit sini.. Rakyat confused..

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Powered by Blogger.