Aug 8, 2012

AMBIGA BERANG KERAJAAN SEKAT DAKWAH PADERI GAY DI MALAYSIA.








Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum perlu membantah amalan budaya songsang iaitu perkahwinan sejenis yang boleh menjejaskan institusi kekeluargaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bagi tujuan itu, penganut pelbagai agama di negara ini perlu membuat kenyataan bersama bagi membendung gejala negatif tersebut.

Masyarakat Kristian di Malaysia juga tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis, katanya mengulas penganjuran majlis resepsi di ibu negara baru-baru ini bagi meraikan perkahwinan sejenis antara paderi gay beragama Kristian yang juga rakyat Malaysia, Ngeo Boon Lin dengan teman lelakinya seorang penerbit muzik, Phineas Newborn III di New York, Amerika Syarikat tahun lepas.

“Kejadian ini seumpama memberi gambaran masyarakat Malaysia kini dalam keadaan bercelaru (mengamalkan budaya songsang) sehingga sanggup meraikan perkahwinan sejenis, yang jelas motif mereka adalah memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Ramadan bersama kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di Masjid Negara di sini, malam ini.

3 comments:

Anonymous said...

macam gampang... tajuk ambiga isi cerita jamil khir... orang macam hang ni mau campak dalam kadang rimau..

Anonymous said...

Walau apa pun tajuknya atau maksudnya, majlis ini seumpama Malaysia menrestui tindakan mereka. Nak tunggu bala Allah SWT baru nak sadau hawau.

Anonymous said...

anwar, please shot 1 kali sma itu aci...baru dia tau bnyak syiok ooo

Powered by Blogger.