Aug 17, 2012

AMARAN DARI DAP - KARPAL SINGH SAMAN USTAZ NASHA..!!








Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

Ianya sebagaimana yang dinyatakan Nasharudin hari ini yang mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal juga yakin dengan sokongan terhadap beliau dan sudah pasti PAS sendiri tidak akan mengiyakan penghujahan Ustaz Nasha tersebut.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.


4 comments:

Anonymous said...

Kenyataan seperti itu tak perlu datang dari orang berparti.. Siapa sahaja boleh berkata seperti apa yang nasha katakan.. Itukan kebebasan bersuara.. Lagi pun menentang hukum hudud samalah lah dengan menentang ajaran islam dan islam..

Anonymous said...

Apa jadi dengan prosiding karpal menghina sultan perak.. Itu lagi terang terang.. Mana tindakannya..

Anonymous said...

Kita tunggu apa reaksi PAS.. perkembangan menarik dalam PAS.. Sudah pasti UMNO dipersalahkan.. Jadi betul lah UMNO ni sahaja parti yang akan mempertahNkan agamA islam dan bangsa melayu.. Yang lain hanya jadi babi tunggangan DAP dan PKR..

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Powered by Blogger.