Aug 1, 2012

7 NGO SELANGOR SERBU PEJABAT JAIS..!!








Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.

Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak JAIS memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa

(Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menyampaikan tazkirah.

4 comments:

Anonymous said...

Hari sabtu ni Tuan Ibrahim lak nak gebang kat masjid al-ridhuan ulu klang

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

joe musa said...

APA ADA HAL, MASJID DI KL, PERAK, PAHANG, MELAKA, JOHOR TASKIRAH RAMADHAN KENAPA BOLEH..? SIAP SENDIR MENYINDIR PEMBANGKANG LAGI.. AGAKNYA 7 NGO SELANGOR KATAK DA BAWAH TEMPURUNG, TAK TAHU HAL NEGERI LAIN...

Anonymous said...

dijohor tiada tazkirak ugama disampaikan oleh golongan politik.

Powered by Blogger.