Jul 5, 2012

USTAZ AZIZAN SOKONG REKTOR KUIN - BAKAL DITUDUH SUBAHAT PECAH AMANAH!!?








Rektor Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Prof Datuk Dr Jamil Osman tidak perlu meletak jawatan kerana kolej itu tidak menghadapi sebarang masalah, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebaliknya kata beliau, isu yang timbul sengaja dibangkit memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

“Insaniah ini tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri diminta mengulas mengenai desakan sekumpulan 200 warga kerja Insaniah semalam agar Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan tenaga kerja dan pelajar.

Mengulas lanjut, Azizan berkata Jamil juga memegang jawatan itu selepas ditawar kepadanya oleh beliau bagi membantu perkembangan kolej tersebut.

"Bukan dia yang minta kerja ini, saya yang panggil dia balik dari UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebab nak buat perkembangan di Insaniah," katanya.






Ditanya sama ada kumpulan yang membuat protes terbabit akan dikenakan tindakan disiplin, Azizan berkata mereka berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Sementara itu, Jamil yang ditemui pada majlis berasingan turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur selagi tidak diminta berbuat demikian oleh Menteri Besar.

"Kalau MB (Menteri Besar) nasihat saya suruh letak jawatan, hari ini juga saya akan letak jawatan," katanya menambah pelantikan beliau pada 2008 itu dibuat Azizan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah.

Jamil yang juga anggota lembaga pengarah kolej, berkata semua keputusan yang dibuat oleh Insaniah adalah keputusan lembaga pengarah dan bukan daripada beliau sendiri.

Mengenai dakwaan warga kerja Insaniah bahawa memorandum yang diserah tidak dilayan, Jamil berkata, beliau berkata telah mengambil perhatian mengenai isu itu dan telah memaklumkan kepada Azizan.

Semalam, kira-kira 200 warga kerja Insaniah mengadakan bantahan aman 'Himpunan Aman Bersih 2.0' di hadapan pejabat rektor bagi mendesak Jamil meletak jawatan susulan kegagalan beliau menyelesaikan pelbagai isu membabitkan warga kerja kolej itu.


Artikel Sebelum Ini (Klik pada tajuk di bawah untuk paparan) :-



3 comments:

kluangman said...

Kalau MB suruh saya makan taik, sekarang juga saya makan taik.

Anonymous said...

saya tak tau. ni kena tanya depa. ni semua umno punya kerja. apapun malam ni saya nak balik rumah bini muda....malam ni turn dia.

hangkedee said...

Kah kah ingat Pas pasti Yb banyak bini,itu kepakaran hampas

Powered by Blogger.