Jul 12, 2012

'ULAMA BAPAK SETAN' DAKWA SULTAN BOLEH DIKRITIK..!!








Bekas Mufti Perlis yang pernah mendapat gelaran Bapak Setan oleh Ulama PKR Dr. Badrul Amin iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.

Beliau yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.

Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri  menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.



Video Kenyataan Ulama' PKR Dr. Badrul Amin menggelar Dr. Asri Bapak Setan.



Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.





 
Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor (KLIK DISINI), berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.

“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.

Beri pandangan anda dengan menghantar komen menerusi artikel ini berkaitan kenyataan Bekas Mufti Perlis ini. Kenyataan beliau ini telahpun disiarkan menerusi Laman The Malaysian Insider.



21 comments:

Anonymous said...

KALAU KRITIKAN ITU DATANGNYA DARI INDIVIDU ADA INTEGRITI, TERPELAJAR, DAN FAHAM TENTANG INSTITUSI YANG DIKRITIK MAKA BOLEHLAH DITERIMA KRITIKAN ITU.

KALAU KRITIKAN DIBUAT KERANA ADA FAKTOR DENDAM, BENCI, IKUT CAKAP ORANG, RASA-RASANYA TAK PERLULAH DILAYAN.

SETIAP IBADAT DAPAT GANJARAN TETAPI, DOT, DOT. DALAM KONTEKS SAMA, SETIAP YB BOLEH BUKA MULUT TETAPI DOT, DOT. WALLAHUALAM.

Anonymous said...

perbelanjaan perjalanan kerabat britain apa kena mengena dengan pembelian nombor plat yang mana fulusnya masuk poket rakyat? ada sesiapa boleh berikan perkaitannya?

Melayu Raya said...

Kalu sistem orang putih lebeh baik eloklah minta P/R dan bernaung dibawah Queen,mana tau kot dia boleh dakwah raja org putih tuu,sebab disini semua serba tak kena....bagi kita dimana langit dijunjung,di situ..bumi dipijak !!!

Anonymous said...

seorang anak yang telah derhaka pada penjaganya tetiba beri kritik melulu pada penjaganya. masakan kritikan berkenaan mahu diberikan perhatian! logik taruh kat mana pak hoi!

Anonymous said...

ada banyak jenis kegilaan

kalau tak buat tak boleh

tak sempurna diri itu agaknya

nasi kalau tak dimakan lapar jadinya

tetapi kalau terlebih makan, senak jadinya

sama juga dengan kritikan, kalau digunakan secara positif adalah sihat tetapi kalau dijadikan alat untuk tujuan negatif, aduhai!

Anonymous said...

apa kaitan beli nombor plat dengan pembaziran? saya tak nampak?

nanti kalau nombor plat dijual dan dapat untung dan untung itu didermakan dalam tong Pas apakah pihak berkaitan akan ubah 'fatwa'?

Anonymous said...

Niaga No Plat kat Perak zaman Nizar...rakyat rugi juta-juta. Ada ke diambil free. satu sen pon tak bayar. Cuma nak tayang. kan bahlol tuh!. Sultan tu beli ..drma kat JPJ....p kat kantong kerjaan. Jadi siapa yg. membazir dan bodoh?..Tentulah Nizar kan!kan!

Anonymous said...

JANGAN TIRU ORANG BARAT BUAT TEGURAN. MEREKA BERSIFAT KASAR TAK BERADAB. TAKKAN DR. NAK KITA KURANG AJAR. RAJA KALAU SALAH BESAR BOLIHLAH RAKYAT BUAT KURANG AJAR TAPI KALAU TAK TEGURLAH DENGAN SOPAN, DENGAN INI NANTI NAMPAK CANTIK ADAP RAKYAT PADA RAJA. KITA JANGAN PULA SOKONG TEGUR YG. BUKAN2. SAYA TAK SETUJU SANGAT ISU INI DENGAN DR.

Anonymous said...

Mursyidul kata sesiapa yang mengaibkan orang lain, kena cium kaki kalau nak masuk syurga.

Makanya dalam konteks kritikan yang mengaibkan tidakkah pengkritik kena cium kaki insan yang dikritik kalau nak masuk syurga?

Sekadar Bertanya.

Anonymous said...

kah kah kah

hanya mutu kenal manickam

kah kah kah

hanya 'bapak setan' kenal 'bapak setan' yang lain

kah kah kah

Anonymous said...

marhaen tak kemaruk nak kritik Nizar Pas kalau dia yang beli nombor plat berkenaan tetapi depa mungkin kritik Pas kalau Nizar beli plat istimewa Singapura (plat luar negara) misalannya.

Anonymous said...

Kita tahu Dr Maza ni penyokong kuat PR
Dalam Hal ini beliau mmg hipocryte, jgnlah menutup

puteramariam said...

Salam. Kalau dikritik ianya tidak akan berubah tetapi sekiranya ditegur inshaallah..manusia akan berubah. Lihatlah perbuatan mana yang membawa menafaat.
Tkasih

Anonymous said...

dah memang tarafnya raja maka kita kena letak di tempat sebagai raja lah, klau tempat tinggal raja mesti lah d istana sb klau letak d rumah teres kita sapa lagi nak hormat raja kita, takkan nk jumpa tetamu buat temu janji di kdai mamak je kot, akai ada ka? Habih kalau kita nak kritik sekali pun takkan nak cakap sukahati saja mcm ckp sesama kita dn maki ikut dan saja. Sapa lg nk hormat raja kita klau dh rakyat sndiri tk hormat!

Anonymous said...

aku tak suka maza ni. kjp sokong sana kejap sini mcm lalangm, menyemak je. inilah sifat org talam dua muka.... WTF maza !!!

Anonymous said...

betul...mula2 talam dua muka, lepas tu jadi talam tarak muka!

Anonymous said...

Aku hormat pada Maza ni kerana ilmunya.. tapi bila dia sebut celaka pada sultan.. aku mulalah tak respek.. kalau gitu.. dia ni sama kurang ajar jugalah .. sebagai orang yang beragama.. kenapa x guna bahasa yang berhemah kalau nak menegur? Ada yg tersirat ke..???
kenapa orang Melayu suka iri pada bangsanyua.. kalau dia jadi raja, jadi kaya itu kerana memang dah ditakdirkan dia jadi... ko nak sakit hati buat apa?...

Anonymous said...

ustade maza cibai bin tibai..

Anonymous said...

Komenlah secara jujur...dlm kes uncle seekers, dakwaannya juga patut disiasat,,benar atau fitnah..kita jgn mudah terikut2..berfikirlah secara rasional..jgn emosi..

Anonymous said...

kritik sultan kena tahan polis je .. kritik nik ajis kena cerai beb ...

Anonymous said...

Guinness rekod, negara Kecik dgn freeloader teramai didunia , wow bangganya aku melayu ni....

Powered by Blogger.