Jul 27, 2012

TIMBALAN MENTERI ISYTIHAR MASUK PKR..!!? - UMNO DESAK LAJIM UKIM LETAK JAWATAN.








Ketua Umno bahagian Cheras menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya "gunting dalam lipatan" supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.

Katanya, MP Umno itu perlu berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.

"Adalah tidak wajar beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin Umno yang lantang bersuara itu.

Syed Ali berkata, beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

“Cara terbaik jika dia pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri  dengan serta-merta jika sahih akan masuk pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.

Kenyataannya itu timbul ekoran tindakan Lajim (kiri) meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Lajim juga awal minggu ini telah mengadakan satu pertemuan dengan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.


4 comments:

Anonymous said...

ini dayak tak sedar diri....dulu duduk dlm hutan skrg duduk di bandar dah lupa diri....lg baik berambus dari duduk dlm kerajaan....mmg anak haram dia ni....

Anonymous said...

Setahu saya Lajim bukan dr kaum Dayak. Tindakan Lajim keluar memang bagus. lebih baik keluar jika suara tdk didengar dan diambil perhatian langsung oleh "Pusat".

Anonymous said...

Setuju lah... Memang bagus keluar kalau suara hanya untuk kepentingan peribadi. Spt minta agar Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diberi pada beliau.... Macam mana pun aku respect dengan Syed Ali. Pemimpin UMNO yang lain mana? Bisu ke? Atau penat sangat bulan puasa ni

Anonymous said...

Bravo!! Datuk Lajim memang hero! Setakat ni ada dua orang je pemimpin BN yang masih memegang jawatan menteri masuk pembangkang iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Lajim. Diorang ni sanggup korbankan kesenangan untuk perjuangan rakyat.

Powered by Blogger.