Jul 2, 2012

TERKINI - ANWAR & AZMIN ALI BERDEPAN TUDUHAN BARU DI MAHKAMAH..!!






Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR hari ini didakwa dengan satu lagi tuduhan atas dakwaan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.

Anwar dan dua pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas anggota majlis pimpinan tertinggi parti itu, Badrul Hisham Shaharin – merupakan antara yang terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.



 



Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.

Anwar yang berang dengan tuduhan baru hari ini menyifatkan tindakan berkenaan merupakan satu lagi penganiayaan politik, Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes berkenaan.

Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.






Majistret Zaki Asyraf Zubir dalam perintah bertarikh 26 April itu melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Anwar dan Azmin boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

1 comments:

usin said...

denda yang paling sesuai ialah rm1.20 dan perlu dibayar secara ansuran 10 sen setiap bulan, tidak lebih dan tidak kurang...

Powered by Blogger.