Jul 14, 2012

TERBARU KES AIB SULTAN JOHOR - 2 LAGI RAKAN UNCLE SEEKERS DITAHAN DI WANGSA WALK..!!








Polis Johor menahan dua lagi individu, malam kelmarin, termasuk dipercayai pengurus peribadi kepada pengamal paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan kes memfitnah Sultan Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki dipercayai pengurus pribadi Uncle Seekers, berusia 39 tahun, ditahan bersama seorang wanita, 27, di Wangsa Walk, Seksyen 4, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota polis Johor pada jam 9.30 malam, semalam (kelmarin).

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya menerusi laporan Sinar Harian.

Kedua-dua mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam pada jam 9 pagi, bagi mendapatkan perintah reman dan dibawa keluar kira-kira jam 11 pagi.

Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa membenarkan lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 15 Julai ini manakala wanita yang ditahan bersamanya direman sehari sehingga semalam.


3 comments:

Anonymous said...

Nampaknya semua dari geng Nyah.....

Dulu..tahun 80an di KL tempat pondan berkumpul setiap malam..ada seorang lelaki India berambut tocang dikenali Uncle dikalangan Nyah (taiko)...mungkin ini jawatan dah ditauliahkan pada si Uncle baru ni..

Uncleseeker Nyah ..

Anonymous said...

xlama lagi si uncle seekers tua kutuk 2,ke tali gantung la mati hukumannya sbb kaki morfin...........baru padan muka si unle hantu 2,yg si nadhirah 2 kople ngan dia knaper eh? da buang tabiat ke kople jantan bodoh jahanam nie

BeliaBenciPembangkang said...

hekhek 2 tangkap antu je.da dye lak kne tangkap:P

Powered by Blogger.