Jul 2, 2012

TANGKAP SEGERA - UNCLE SEEKERS DAH KENA SUMPAHAN JIN HINA SULTAN JOHOR..!!








Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari semalam di Balai Polis Sentral bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.


3 comments:

Anonymous said...

Kesia budak tak berpelajaran sorang ni nak ikut cara bapak dia cari makan ..time bapak dia yg tak lulus LCE..bolihlah... sekarang dah ramai orang lebih Pintar dari anaknya yg tak kesampaian dalam akedemik.....

Bapak borek anak rintik...........

Peon pun mesti nak ada SPM..nasib kau lah Syed...

Hperancis

Anonymous said...

Pelanggan Astro dan Penonton Siri Seeker patut saman Tv station sebab menghidangkan racangan Tipu tentang hal penoramal Hantu..(terbukti ditipu Pembekal/penerbit filem)...Agar TV station pula menyaman dan meminta semula bayaran yg dah dibuat..kepada Si Syed . Lapuran SPRM juga perlu sebab claim bayaran yg tak ikut bahan yg dikontrakkan..Hantu betul bukan kamera trick yg didakwa kejadian benar..Ini dah ada unsur PENIPUAN YG SAH !..

Anonymous said...

seekers ni biadap,since dia berdebat dgn dato fadzilah kamsah lagi pasal hantu dkt ntv7..hmm kes dgn permaisuri agong lagi...islam tak mengajar kite membuka aib org atau sebaliknye..kalau org ckp seeker ni truth..anda silapp...zaman nabi,firaun yg zalim..ade nabi balas..?nabi buat mcm tu supaya umatnya ikut contoh..ALLAH MAHA PENGAMPUN...manusia?pikir pikir lah..kite menumpang.klau org yg faham erti solat..i/ALLAH hati seekers tu bersih..kite doakan seeker kembali ke jalan yg benar..sy minta maaf kalau ade tersinggung mana mana pihak..assalamualaikum.. :-)

Powered by Blogger.