Jul 7, 2012

STAND AS ONE - BELIA GEGAR KL PAMER BAKAT LUAR BIASA..!!








 JASA dengan kerjasama Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS) akan menganjurkan Program ‘Jom Generasi-Y Stand As One’ pada 7 dan 8 Julai di Taman Metropolitan Batu, di sini.



 


Program ini yang khusus buat kelompok sasaran berusia antara 19 dan 27 tahun, akan menjadi platform untuk Generasi-Y meluah ekspresi dan menyalurkan kreativiti mereka dalam aktiviti seperti pertandingan ‘skate’, fotografi, ‘paintball’ dan permainan ‘playstation’. 






Lebih 500 anggota Kumpulan Rakan Siswa JASA (KARISMA) turut akan turun padang dengan melakukan kaji selidik termasuk menumpukan kehendak dan minat Generasi-Y.






Menurutnya, program kali pertama itu juga unik kerana akan diterajui sendiri oleh golongan itu dan jemputan menghadirinya dibuat menerusi laman medium maya termasuk Facebook, Twitter dan blog yang sinonim dengan Generasi-Y.

Program itu turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Radio Televisyen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program STAND AS ONE Layari website di http://www.standasone.com.my/ atau Facebook Fanpage DI SINI.

0 comments:

Powered by Blogger.