Jul 11, 2012

SAIFUL BUKHARI TAKKAN LEPASKAN KEKEJAMAN ANWAR - 'HAK SAYA KINI TERBELA..!!'








Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan menerima baik keputusan Pihak Peguam Negara didalam memfailkan Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan kelmarin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012 yang telah melepas dan membebaskan tertuduh.


Saya dan keluarga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Petisyen Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana.


Kami berharap, tarikh rayuan yang bakal ditetapkan kelak tidaklah terlalu lewat dan prosiding berjalan dengan lancar.


Untuk rekod, pada 28 Jun lepas, genap 4 tahun dari hari saya membuat laporan polis. Walaupun ia satu tempoh yang lama, namun saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah.


Akhir kalam, Saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.


Kepada Allah saya berserah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN


11hb Julai 2012 

2 comments:

Anonymous said...

insyaAllah kebenaran akan diperlihatkan, cahaya kebenaran itu sebenarnya semakin hampir. berkat doa kamu (saiful) dan doa ulamak di dalam pas yang memohon agar kebatilan dihancurkan dan kebenaran ditunjukan sebenarnya Allah telah menunjukan kebenaran. Seri wajah peliwat negara telah dicabut sokongan mereka yang keliru kian berkurangan. yang ada hanya pentaksub tanpa asas. Iblis sedang bermaharajela meratah mereka di selangor, kedah dan pulau pinang, sesuatu yang mereka dahulunya haramkan kini mereka halalkan. sama seperti mereka menghalalkan perbuatan mat sabu menyebar kononnya peliwat negara meliwat (rujuk kes sodomi 1) dan kemudiannya mempertahankan peliwat negara yang meliwat kamu dengan menggunakan hukum islam dan mengharamkan kamu mendapat keadilan hanya demi kuasa yang mereka impikan, akhirnya mereka menjadi keliru dengan perjuangan mereka. mereka sendiri mencabut asas perjuangan mereka. sebenarnya ini adalah berkat doa kamu dan doa mereka sendiri cuma mereka enggan melihatnya. istiqamah dalam doa kerana doa orang teraniaya tiada hijabnya. kehancuran sesuatu yang batil pada kali ini adalah kehancuran yang agak besar, dengan pendokong-pendokong kebatilan itu akan hancur, insyaAllah. bersabarlah.

Anonymous said...

Kalau bezakan muka khalid ismath dengan saiful memang macam ulamak dengan setan. Tengok saiful muka jernih aja. Si khalid isetan muka sedikit je lagi macam syaitan.

Powered by Blogger.