Jul 1, 2012

PRU13 - NAJIB KENA 'WARNING' DGN. MAHATHIR!!








Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

"Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya.

 Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan Kali ke-51 di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina  dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentimen atau faktor lain.

"Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu.

"Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayi yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata, kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin.

Bagaimanapun, katanya, bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat.

Menjawab soalan tentang dakwaan bantuan kerajaan menerusi pemberian wang  kepada rakyat itu boleh membawa negara kepada muflis, Dr Mahathir yakin Najib mempunyai penasihat kewangan dalam menyalurkan bantuan itu.

10 comments:

Romeo Laut said...

Cuba tengok balik ayat hujung sekali. 'Yakin Najib mempunyai penasihat kewangan...'. Soalannya, bertanya tentang boleh atau tidak ia membuatkan negara muflis. Soal lain, jawab lain? Tak pelik?

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Lagi pelik bila PR kata Malaysia akan muflis 2011, tapi sampai skrg takde apape pun...

Anonymous said...

Cuma BAHALOL mcm ROMEO LAUT jer yang tak faham!!

Anonymous said...

ROMEO LAUT ko jadi romeo kat laut je la

Anonymous said...

Beri terus pada rakyat...rakyat berbelanja..beli barang selesaikan urusan tertunggak....beli keperluan anak... duit tu rancakkan aliran tunai ekonomi...tauke2 kedai dapat duit bila barang laku...kedai2 tayar meningkat hasil jualan bila pemilik teksi tukar tayar....kilang meningkatkan pengeluaran atas permintaan pasaran meningkat....bil2 tertunggak utiliti ada yang selesai....ada yang beli barang perniagaan...beli perkakasan perniagaan dengan duit tu.....ada yang belikan anak2 baju, kasut,....ada juga yang beli barang keperluan makanan...dengan rm500 setahun tak payah beli beras, gula dan tepung...
Bagi yang kaya memang lah tak layak...anda mampu...kalau tersesat dapat pun lebih2 anda simpan balik...atau pun anda derma balik kepada yang layak...
Harga yang kerajaan dapat rakyat suka...cuma yang risau buat rakyat jadi manja...sebabnya nak mintak yang bukan2 lagi.

Anonymous said...

langau2 PR ni semua nak free je...cuba tanya dia kerja tak kira kerja gomen,swasta atau berniaga sendiri...kasi free je kerja...kalau kerja tak payah gaji...kalau berniaga kasi free jer....kalau dah mampu macamni...sure kerajaan pun boleh bagi free....

mentaliti hidup semua nak free bila tak dapat nak marah orang...bai duduk dalam hutan jadi lotong lagi baik...lebih2 kena sumpit kena makan....

Anonymous said...

Malaysia akan muflis kalau parti cap mata satu memerintah sebab dia pakar sodomi bukan ekonomi.Malaysia akan muflis kalau parti bulan memerintah sebab sistem perbankan di dunia tidak ada satu pun yang islam jadi mereka tidak akan menjalankan bisnes kalau tak ikut islam. untuk itu mereka hanya akan menjual kopi kuat sahaja dalam malaysia. Negara tidak akan muflis kalau parti cap roket memerintah tetapi melayu penggemis ditanah air sendiri. Oleh itu berfikirlah secara waras janagn hanya dengar apa yang mereka cakap tetapi lihat apa yang mereka buat.

Anonymous said...

personally, aku rasa drp bg cash pd rakyat dgn BR1M smpi 2x lebih baik salurkan dan gunakan duit tu utk perbaiki keperluan rakyat, sekolah, universiti free, harga barang2 runcit murah, tinggikan purchasing power rakyat dll. Semua org dpt rasa drp bg cash one time je rasa habisnya kejap je.

Anonymous said...

rasanya perbaiki semua 2 dah banyak ada.. tapi rakyat x nampak.. rakyat dikaburi ngn tipu muslihat parti MATA SATU.. so x de salahnya dy bagy bantuan 2.. 2 menunjukkan keprihatinan kerajaan..

Powered by Blogger.